Sunday, December 18, 2011

tERUSKANLAH PERjUANgaN.....

 Sesungguhnya perjalanan seorang daie itu sangat panjang dan melelahkan.Ketika itu orang akan hairan melihat daie menyengsarakan diri dalam kelelahan dan bertanya,
Sampai bila kau akan melelahkan diri?
maka jawab si daie dengan pasti,
Sebenarnya daku mengharapkan istirehat di syurga.


Teruskanlah perjuangan wahai daie sekalian..
Jom sama-sama merebut keredaanNya untuk kita..
Daie blogger,bukan sekadar ingin meramaikan follower,
Bukan jua sekadar berkenalan di alam maya,
Bukan untuk teruskan berfoya-foya,
Namun seorang daie blogger akan terus berjuang,
melalui jemari menaip kata,
walaupun bibir tidak berbicara,
dia tetapbegitu,
memiliki keutamaan yang sama,
mengejar reda Yang Maha Esa,


menyebar dan menyeru,
agar nanti terselit jua keinsafan pada pembaca.
Maka wahai daie,
mungkin ini satu daripada perjuangan kita,
untuk menyelamatkan ummah,
yang kian diserang kelalaian,
dengan fatamorgana keindahandunia,
Hakikat yang begitu leka,
Ayuh..
Buka langkahmu ke alam perjuangan,
Andai rasa terkilan dan lemah ,
Ingatlah pesananku ini...

Derita perjuangan bukan satu bebanan tetapi satu latihan.Gundah perjuangan bukan satu ancaman tetapi satu  didikan.Mehnah perjuangan bukan satu kegusaran tetapi satu kekuatan.Walau perit manapun perjuangan,sesukar manapun perjalanan,kita pejuang.Tabahkan hati kita.

Mujahid dan mujahidah,kuatkan diri ,kukuhkan tekad,mara dalam perjuangan Islam,
Hebatnya Allah menguji,kerana hebatnya cinta Allah kepada kita .Letakkan frasa cinta dalam hati pada tempat dan masa yang tepat. InsyaAllah, ketenangan hakiki menanti.

Wednesday, December 14, 2011

SaLahKah TuHAN?

Assalamualaikum ila ikhwan wa akhowat.

Bersyukur masih diberi nikmat kehidupan, merentasi mehnah dan tribulasi daya kerja dan pemikiran.Apa khabar sahabat semua?Sihat?Andai itu jawapannya,maka bertambahlah syukur padaNya.Agungnya kasih sayang dariNya...

Tapi,saya kurang sihat..Sihat dari fizikal tapi bukan jiwa..Teruja dengan sesuatu nikmat yang Tuhan tidak berikan saya nikmat tersebut.Lantas jiwa menjadi gersang.Tidak bersyukur.Namun,Tuhan itu tak pernah lupakan hambaNya walaupun kita salahkan Dia atas apa yang berlaku.Itulah pengalaman saya yang saya nak kongsi bersama pembaca.

Saat saya hilang kawalan diri,hampir terbungkam sepi akidah,ilmu yang dipelajari dilupakan,ada tangan yang menghulur penuh keikhlasan.Saya tergamam.Kerana nikmat yang saya sangkakan nikmat,saya salahkan Tuhan.Bicara saya:

Kalau benar Tuhan sayangkan Aku,kenapa ujian ini yang diberikan padaku?Kenapa ujian ini seperti penghinaan padaku?"

AllahuRabbi...saya  terlupa pada segala nikmatNya selama ini.Saya alpa saat ujian yang menimpa.Saya salahkan kesempurnaan perancangan Tuhan.Namun,Tuhan tak salahkan saya...Bahkan,Dia kurniakan seorang insan menegur ketelanjuran saya..

Bicara Ukhti menjengah di ruangan mesej...


"Again and again,never put hatred in your heart about Allah.Ini satu lagi ujian buat Ain tanda satu lagi darjat ketinggian kasih sayang Dia buat Ain.Ain ,kita baru diuji sedikit. Nabi?Lagi hebat tentangan yang diterima.Sehinggakan orang kata Nabi gila!Allahuakbar...Tapi dik,Nabi SABAR.Allah bersama-sama hamba-hambaNya yang sabarkan?Ingat itu.Lagipun,mukmin itu takkan putus asa daripada rahmat Alalh kan?Jadi keep going forward.Stay positive.Satu lagi keywood,SYUKUR.Lihat insan lain yang lagi banyak kekurangan dengan Adik.Bandingkan.Nikmat mana lagi yang hendak didustakan?"

Lantas saya terdiam.Berfikir dan menghadam.Bukan senang..tapi itulah hakikat.Istighfar kembali menari di bibir.Ucapan syahadah bergema menguatkan hati yang pedih.Kemudian,bicaranya datang lagi...


"Tiada seorang pun yang mendengar sesuatu yang lebih menyakitkan lebih sabar daripada Allah.Dia telah disekutukan dan dianggap memiliki anak,tetapi,dia membiarkan dan memberikan mereka rezeki." Riwayat Imam Ahmad.
Adik,sama-sama kita merangkak dengan berSABAR.Innalahhama`ana.Hidup itu satu mujahadah yang memerlukan tadhiyyah.Senyum itu penawar duka.."

Dia menutup bicara.Terasa bagaikan dia di sisi.Saya mula tenggelam dalam penyesalan yang panjang.Air mata menjadi teman.Mencari jalan pulang..



Teman,
Kadangkala khilaf kita sebagai hamba melampau-lampau.Mungkin detk ini,saya ynag rasakan betapa peritnya mujahadah untuk terus mempercayai Allah.Bukanlah saya bermaksudkan ada insan seperti saya yang melakukan perkara tidak betul ini.Bahkan,saya minta dijauhkan.Biarlah saya yang menjadi orang yang terakhir melakukan perkara ini.Salahkan Tuhan...Oh!!!!!!!!!!!!

Bicara hati Ain: Saya kongsi perkara ini berharap jika ada insan yang putus asa dengan kehidupan,maka jangan pernah sesekali salahkan Tuhan.Moga bicara ukhti saya ini mampu menyejukkan hati yang panas dengan kedukaan.Tak nak perkara ini berulang lagi...

Sunday, November 27, 2011

wHaT We PrePare To See Him?

Assalamualaikum ila ikhwan wa akhowat..

Bersyukur masih dihidupkan hari ini.Bersama-sama,kita menadah tangan mengucap syukur pada Yang Maha Kuasa atas segala nikmat yang dipinjamkan selama ini..Betapa nikmat itu tidak bisa dihitung dengan jemari lantaran terlalu banyak tidak terperi.

Tahun Baru Hijrah kita dapat sambut lagi.Alhamdulillah!



Who give our strength for our soul to stay alive here?

The answer...
Allah S.W.T.

wOW...its good to be here..looking for everything we need for we bring in the other life..(Akhirat)
Alhamdulillah again for His kindness...

But what we prepare to see Him for coming soon?
Nothing?
Oh,no...
It`s waste time for our good live here..

Then we ask again..
What should I do?
Just stay?

Not my friend..
Come with me..
we start our live with His blessing..
We start our live with Him love..

Lets start our journey..
For chasing His Mardhotillah....

Come with me..
Come...Lets go!!!

Wednesday, November 23, 2011

Cinta Agung Zainab

Assalamualaikum ila ikhwan wa akhowat..

Duduk bersendirian malam ini,hanya bertemankan lap top,gundah juga jiwa terasa.Kekeringan idea lagi untuk menulis.Mencongak-congak sendirian mencari idea.Sementara tadi duk layan lagu Demi Cinta Zainab,saya teringin nak kongsikan sirah bermakna ni untuk pembaca.

ZAINAB BINTI MUHAMMAD.

Gah nama tersebut.Digambarkan cantik rupa parasnya.Seorang yang sangat tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan.Subhanaallah.Hebatnya puteri Rasulullah seorang ini.Apa kisah Zainab ini yang kita perlu ambil iktibar?jom bersama kita cari jawapannya.

Zainab dikahwinkan dengan seorang pemuda Quraisy.Tetapi ketika itu tiada lagi perintah larangan  bagi seorang muslim berkahwin denagn seorang kafir.Zainab sangat mencintai suaminya.Sanggup menggadai apa sahaja untuk lihat dia bahagia.

Hal ini jelas terbukti tatkala ketika perang Badar,suaminya tertawan di medan perang tersebut.Dengan penuh rasa cinta,Zainab menggadaikan kalung pemberian ibunya,Siti Khadijah sebagai penebus suami tersayang.Tatkala kalung itu dilihat oleh Rasulullah,menitis air mata baginda.Terasa seolah Siti Khadijah berbicara dengannya.Kalung itu diberikan kembali kepada Zainab.dn tidak lama kemudian,suaminya dibebaskan.

Ujian mendatang lagi.Firman Allah pula kali ini memisahkan mereka berdua sebagai suami isteri.Maka berpisahlah Zainab dengan sukarnya lantaran cintanya yang terlalu mekar buat sang suami.Meskipun cinta pada suami terlalu hebat,namun takkan pernah bisa menewaskan cinta pada Ilahi.Subhanallah...

Dengan cinta yang tertahan di sanubari,Zainab memulakan hijrah seorang diri.Tanpa seorang insan bergelar suami di sisi.Dalam panas dan terik,gunung ganang didaki.Kuasa Allah menentukan segalanya.Anak yang dikandung akhirnya keguguran.Zainab diuji lagi.Oh,bukan mudah bergelar puteri Rasulullah!!

sabar dan reda...Allah itu Maha Kaya.Akhirnya cinta yang sebelum ini mekar di taman hati buat sang bekas suaminya ditautkan kembali setelah suaminya itu memeluk agama Islam.Oh,dasyhatnya kuasa Rabbul Izzati!

Di sebalik segala pengorbanan,agungNYA Dia mempersatukan kembali dua hati itu menjadi satu.Subhanallah.Maha Suci Allah.Sesunguhnya benarlah firmannya.

"Sesungguhnya Aku bersama orang -orang yang sabar."

Apa yang ditunggu lagi? Ujian kita tak seberat ujian Zainab.
Tak perlu meredah padang pasir hingga keguguran,tak perlu berpisah denagn insan tersayang,tak merasa tersepitnya antara kasih ayah dan cinta suami, memilih antara jahiliah atau keimanan padaNYA.

Jom,kita merubah bersama hari yang gelap tanpa cahaya bahagia,ke arah kebahagiaan yang hakiki dalam jagaan Tuhan Yang Maha Esa.

Jom,raihkan kesabaran memenangi cinta AgungNYA....

Saya tinggalkan pembaca dengan klip video Demi Cinta Zainab



Sunday, November 20, 2011

Kecewa dengan Result?

Assalamualaikum ila ikhwan wa akhowat.

Maaf lah kerana dah hampir seminggu lebih saya tak berblogging.Kengkangan masa dan tiada idea menyebabkan jemari ini tidak sempat bergerak menari menulis irama di laman blog ini.

Final exam..
Seperti yang dina katakan di ruangan Ruang Bicara, hakikatnya bukan dia sahaja mengalami result yang teruk.Sebenarnya saya rasa tak layak untuk nasihatkan awak sementelah result saya sendiri bukanlah yang terbaik.

Tapi,saya rasa tidak perlu berputus asa.Teruskan semangat..Bina jadual belajar..


Cekalkan semangat di hati.Saya teringat kata-kata yang saya pernah baca dalam novel.Saya minta maaf sebab saya sendiri tidak ingat novel mana.Sama ada penulisan Kak Fatimah Syarha atau Akh Hilal Asyraf.

Satu kata-kata yang menyunting semangat saya.

"Jika kita dah berusaha dan bertawakkal,kemudian kita masih gagal,percayalah yang Allah nak sediakan sesuatu yang lebih baik bagi diri kita."

Permasalahannya di sini,adakah kita dah berusaha sehabis daya dan bertawakkal dengan sebenarnya?

Jika bukan,maka jom kita sama-sama merubah takdir ini dengan usaha kita.Masa lapang yang masih ada ini kita isikan dengan semaksimum mungkin.Mana result yang lemah, maka kita banyakkan ulangkaji.

Namun hakikatnya,saya akui bahawa kita apabila berdepan dengan buku mudah bosan,kan?

Jangan terlalu stress masa belajar.Kita belajar 30 minit dan kemudian rehat 5 minit.Bukan study hard yang kita kejar,tapi study smart.



Saya kongsikan berdasarkan pengalaman mereka yang telah berjaya.Saya?
Hakikatnya saya juga lemah dalam belajar.
Tapi kenapa pilih untuk terus jadi lemah,kan?
Saya percaya pada kata-kata

DUIT..

D-DOA
U-USAHA
I-IKHTIAR
T-TAWAKKAL

Jom,kita sama-sama ubah takdir ini.Malas kita..kita ubah jadi rajin..

usah dikenang perkara yang lepas,tapi jadikannya pedoman untuk masa akan datang.

Ini adalah ujian...

saya tinggalkan pembaca dengan ayat hikmah ini....

Sometimes, kita berdoa untuk kuat tapi kenapa banyak pula dugaan yang mendatang,
Sometimes,kita minta cerdik,tapi masalah pula banyak yang timbul,
Sometimes kita minta kebahagiaan ,tapi huru-hara pulak,
Dugaan menjadikan mental kita kuat,
Masalah menjadikan kita berfikir,
Huru hara menjadikan kita tabah..

Hebat tak Allah?
Semua ada hikmah..
Kalau lah manusia tahu hadis ini

"Telah berkata Jibril,Wahai Tuhan,Kau sampaikanlah hajat hambaMu itu.Maka Allah menjawab..Biarkan hambaku itu kerana aku mencintai suaranya."

Saturday, November 12, 2011

Nikmat Tuhan

Assalamualaikum ila ikhwan wa akhowat...

Sahabat buat apa?
Berchatting?
Berfacebook?
Atau masih menggali nikmat fatamorgana dunia?



Allah sering mengurniakan nikmat pada kita.
Namun sejauh mana kita menggunakan nikmat itu dengan sebaik-baiknya.
Berapa banyak yang kita ingkar dengan nikmatnya..
Renung dan muhasabahlah..

Subhanallah...
Nikmat Allah tidak terkira..
Nikmat utamanya iman dan islam.
Nikmat ini sering meniti di bibir-bibir abang-abang di sekolah saya..
Alhamdulillah,kita sebagai muslim masih mempunyai nikmat ini..
berulang-ulang hamdallah kita ucapkan..

Bagi saya nikmat yang paling saya sukai ialah
nikmat dikurniakan insan-insan seperjuangan di sisi..
yang sentiasa menegur saya tatkala saya jauh daripadaNYA..
yang sentiasa menghapuskan air mata kesedihan saya..
yang sentiasa bersama-sama ingin melihat tertegaknya syur ISLAM di bumi Malaysia ini...

Ya Allah,besarnya nikmat kasihMu...

Namun nikmat yang saya nak sebutkan kat sini,
nikmat yang sering dilupakan oleh manusia..
Nak tahu tak,
Rasulullah ada sebutkan dalam satu hadis tentang nikmat ni.

"Dua nikmat ynag sering dilupakan oleh manusia ialah nikmat sihat dan masa lapang."

Astagfirullahalaazim...

Hitungkan kembali,Renungkan diri kita..

"Sejauh mana aku betul-betul menggunakan nikmat yang mulia ini?
Oh Tuhan,,ruginya aku.Tuhan kurniakan aku  nikmat,tapi...aku ingkar..maafkan aku.."

Teman...
tiada kesilapan yang tak diampunkan..
Percayalah kasih..
Alalh itu Maha Pengampun..
Bersama kita raihkan keampunanNya..



"TUHAN,KU DAMBA AMPUNANMU.."

Friday, November 11, 2011

Bila diri difitnah

Assalamuaalikum ila ikhwan wa akhowat..

Fitnah..
bila disebut sahaja tentu ramai yang menjerit marah,terkenang peristiwa lama atau paling tidak pun terfikir,
" kalau aku kena,macam mana ek?"

tak ramai yang mampu bertenang dan tersenyum apabila terkena fitnah.


Apabila difikirkan,
mengapa?

Kerana sakitnya fitnah itu menular lagi sakit daripada menghadapi demam panas..
Apabila difitnah, nama baik tercemar..
Hidup pula terus dalam dilema..
Masyarakat mula menyisih..
Insan terdekat mula menjeling...

"Oh.Tuhan, apa yang harus aku lakukan?"

Sahabat..,

Andai fitnah itu tidak benar,perbetulkanlah.
Agar pandang serong orang dapat dibetulkan..
paling tidak pun, hati sedikit tenang,kan?
Yakinlah andai kamu di pihak yag benar,
kebenaran pasti akan tersingkap jua.

Mintalah bantuan daripadaNya..
Bukankah dia yang memberi kita masalah dan menyelesaikan  masalah?
Tadahlah tangan..
berdoalah...
kunci kekuatan itu ada padaNYA..
Hanya DIA tempat kita sandarkan segala-galanya..

Saya kongsikan ini,
kerana saya juga merasakan perkara yang sama,
sakit dan terluka,,
tambah-tambah lagi dilakukan insan yang terdekat sendiri..
Seolah-olah segala kebaikan yang dilakukan selama ini tidak berguna..
Hati mula-mula turut memberontak..
sakit hati  juga dan rasa ingin berdendam..
namun entah kenapa
Tuhan hantarkan kekuatan..
Saya hanya mampu tersenyum..
Tiada air mata..
Biarlah..

Kerana saya yakin..

KEBENARAN ITU PASTI AKAN MEMUSNAHKAN KEBATILAN..
tersenyumlah sahabat..
Semakin berat ujian melanda,semakin hebat kasih Allah untuk kita...

Wednesday, November 2, 2011

Tazkiyatun An-Nafs

Pembersihan jiwa..
Senang tak nak bersihkan jiwa?
Susah,kan?
Tapi kalau kita tak bersihkan jiwa...macam mana hati kita
Mesti kotor,kan?

So,marilah kita bersama bersihkan hati kita dengan istighfar dan zikrullah..

Kenapa perlu kepada pembersihan jiwa?

"Dalam diri setiap manusia itu ada seketul daging.Jika ia baik,maka baiklah keseluruhannya,jika ia buruk,maka buruklah keseluruhannya.Dan ketahuilah bahawa segumpal darah itu ialah hati."

Ini merupakan maksud sebuah hadis Rasulullah SAW.

Lihatlah teman semua,betapa besarnya impak sekeping hati itu dalam hidup seorang insan.Inilah sebab kita perlu menjaga hati kita agar tidak dicemari dengan noda-noda maksiat.

72_t1.jpg


Namun,alhamdulillah pelajar tingkatan 1 dan 2 asrama baru-baru ini
yang berjaya melibatkan diri dalam kem Tazkiyatun An-Nafs.
Kem yang saya terpaksa menjadi fasi dan sekali lagi diletakkan dalam biro displin dan ibadah.
Susah sangat..
Nak bentuk diri sendiri dan betulkan orang lain..
tapi..itulah tugas dakwah..

Kak Ain harapkan..
adik-adik teruskan beristiqamah dalam perbuatan...
Begitu juga dengan sahabat-sahabat fasi muslimin dan muslimat..


BERSAMA KITA MEMBAIKI DIRI YE....

FASTABIKHUL KHAIRAT...

Saturday, October 29, 2011

Qalbu Saleem...






Ketenangan jiwa, kekuatan hati, kelapangan kalbu, adalah apa yang manusia cari. Ada yang mencarinya dengan duit yang bertimbun, merasakan duit yang banyak menghilangkan keresahan. Ada yang mencarinya dengan mendapatkan pasangan, merasakan pasangannya mampu mengisi kekosongan. Ada yang mencarinya dengan menyendiri, merasakan apabila dirinya bersendirian maka segala gelisah akan hilang.


Tetapi ramai yang tidak bertemu dengannya. Bagaimana mencarinya pun, tetap akhirnya ketenangan dan kelapangan yang didapati itu tidak bertahan. Maka ramai yang tertanya-tanya, apakah yang perlu dilakukan, untuk mendapatkan ketenangan sejati.


Jika soalan ini diberikan kepada saya, maka saya akan menjawab:


“Dengan membersihkan diri.”


Hati itu milik siapa?


Di manakah letaknya ketenangan, kelapangan, dan kesenangan di dalam diri manusia? Dari manakah rasa itu terbit? Dari tangan? Kaki? Perut? Tidak dan tidak.


Tetapi daripada hati. Bukan hati organ. Tetapi ‘hati’. Roh. Yang tidak kelihatan itu.


Kita kembali bertanya, hati itu milik siapa?


Ya, siapakah pencipta kepada hati?


“Allah.” Dan roh kita menjawab.


Maka perjalanan mencari ketenangan adalah bermula dengan jawapan kita itu.


Punca keresahan dan kegelisahan?


Mengapakah hati yang diciptakan Allah SWT itu resah dan gelisah? Ya, kenapa?


Kerana hati itu terpisah jauh dengan penciptaNya.


Hati adalah tempat terkandungnya fitrah asal manusia. Sejahat mana pun manusia, apabila mereka melakukan kejahatan mereka, tidak dapat tidak mereka akan dapat mendengar ‘suara hati’ mereka membantah perbuatan mereka. Ya, ini adalah realiti. Tinggal, mereka tetap terus melakukan kejahatan kerana mereka tidak menyahut seruan hati mereka itu.


Fitrah hati adalah taat dan tunduk kepada Allah SWT.


“Bukankah Aku ini Rabb kamu? Mereka menjawab: Iya, kami menjadi saksi.” Surah Al-A’raf ayat 172. 


Itulah dia perbualan Allah dengan roh-roh sebelum roh-roh dimasukkan ke dalam tubuh kita.


Fitrah kita adalah rapat denganNya. Menjauhi Allah, adalah punca keresahan dan kegelisahan kita. Apakah perkara-perkara yang menjauhkan kita daripada Allah SWT?


Hendak menyenaraikannya pasti panjang. Maka cukup saya konklusikan semua jawapan dengan satu kalimah.


Dosa.


Bersihkan diri, rapati Ilahi, dapatkan ketenangan sejati


Kadangkala kita hairan melihat Rasulullah SAW yang menghadapi ujian dan dugaan yang amat hebat, tetapi baginda kekal tenang di dalam kehidupan. Tidak pernah kedengaran baginda tertekan hingga memarahi isteri dan anak-anak. Tidak pernah kedengaran baginda ‘lost control’, tidak pernah kedengaran baginda mengeluh dan merungut. Baginda tenang, hatta di tengah kancah peperangan.


Mengapa?


Kerana baginda menjaga hubungan dengan Allah SWT.


Kadangkala kita hairan melihat Abdurrahman bin Auf RA, Suhaib Ar-Rumy RA, Uthman ibn Affan RA, yang merupakan golongan kaya, tetapi meninggalkan semua harta mereka ketika hijrah. Tidak pula mereka histeria, tertekan, gundah, resah dengan meninggalkan harta mereka. Bahkan, mereka kuat dan tabah membina semula kehidupan mereka, dan akhirnya kembali berjaya menjadi antara yang terkaya di jazirah arab.


Mengapa?


Kerana mereka menjaga hubungan mereka dengan Allah SWT.


Kadangkala kita hairan melihat sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang tidak banyak wang seperti Abu 
Hurairah RA, Abu Bakr RA, Umar RA, Bilal bin Rabah RA. Mereka tidak pula sakit jiwa, mereka tidak pula tidak bersemangat, mereka tidak pula mencuri. Bahkan mereka tenang menjalani hidup, bahkan sanggup lagi memberikan infaq dan sedekah walau diri sendiri kesempitan.


Mengapa?


Kerana mereka menjaga hubungan mereka dengan Allah SWT.


Pastinya, orang-orang yang menjaga hubungan dengan Allah SWT ini, sering membersihkan diri mereka. 


Antara tanda kita menjaga hubungan dengan Allah SWT, adalah kita sentiasa bertaubat dan memohon ampun kepadaNya.


“Sesungguhnya Allah itu mencintai orang-orang yang sering bertaubat dan orang-orang yang membersihkan diri.” Surah Al-Baqarah ayat 222.


Tidakkah kita melihat?


Penutup: Dapatkanlah ketenangan sejati. Sungguh, ia milik kita


Rasulullah SAW dan para sahabat nyata adalah contoh yang terbaik. Mereka memperolehi ketenangan sejati. Hatta badai cabaran yang tinggi juga tidak mampu menggoncangkan manusia yang memperolehi ketenangan hati ini.


Dan ketenangan hati ini adalah milik kita. Sebab itu Allah SWT menggesa kita mendapatkannya. Isyarat gesaan ini tersembunyi di dalam ayat-ayatNya.


“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabb kalian dalam keadaan berpuas hati lagi diredhai.” Surah Al-Fajr ayat 27-28.


Kenapa Allah menyeru jiwa-jiwa yang tenang? Kerana jiwa-jiwa yang tenang sahaja yang mampu kembali kepada Allah dalam keadaan diredhai. Jiwa-jiwa yang tenang sahaja mampu mengharungi segala ujian dan cabaran di atas dunia ini.


Maka apakah kita tunggu lagi? Motivasi meneruskan kehidupan ini dalam keadaan terbaik dan tertinggi, adalah dengan mendapatkan ketenangan hati. Ayuh!


“Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, hati-hati akan menjadi tenang.” Surah Ar-Ra’d ayat 28.


Bersihkan diri, rapati Ilahi, dapatkan ketenangan sejati.


copy and paste:www.langitilahi.com
by: akh hilal asyraf.

Wednesday, October 26, 2011

CORETAN IKHLAS UNTUK YANG MEMERLUKAN..

Setiap manusia yang dilahirkan itu pasti mempunyai kelemahan sendiri,kan?
Ops! Saya juga sama..
Nama pun manusia,kan..
Insan..
Erm..Sejak akhir-akhir ni mengeluh aja tak tentu pasal..
Jawatan!Jawatan!Jawatan!
Dibelenggu dengan semua ini..
Oh...penatnya..
Tapi kepenatan ini tak setara denagn kepenatan Rasulullah,kan?
Saya jadi malu sendiri..
ujian saya tak seberat ujian Rasulullah pun..
setakat dibenci,dipinggirkan,dihina..
Ahhh....itu tak membunuh nyawa saya pun..
Rasulullah lagi hebat..
sampaikan ada orang nak bunuh baginda..

Pernah tak kita terfikir tentang semua ini?
Kita sebagai manusia biasa..
selalu merungut,kan?
Sakit hati! Benci! Geram! serabut!

Kadang saya terfikir,
Kita kata kita muslim,
Tapi apabila diuji,kita mudah give up?
Mana bukti kita sebagai muslim?
Sedangkan Allah ada kata dalam Al-quran
Dalam surah Al-Ankabut(2-3)
Oh,iman...





Jom,kita merubah peribadi diri..
Usah mudah kecewa..
Yakinlah,,
Semakin hebat ujian ..
semakin hebat kasih sayang Allah pada kita,kan?

Yakin..dan percaya..

Monday, October 24, 2011

kEKUATAN dARIMU..

Assalamualaikum..


normal_ALLAH.jpg
Penat bercampur baur..
Dua minggu sudah peperiksaan dijalankan..
Menanti penghabisannya minggu hadapan,cukup memenatkan..
Rasa kesusahan ...
ujian hidup pula tak berkesudahan...

Tapi..di sebalik semua itu..
kata-kata hikmah menyunting semangat ini kembali...

Feeling alone?
Innaallahhamaana.
Sesungguhnya Allah bersamaku..

Saw evilact?
Inni akhfullah.
Sesungguhnya aku lebih takutkan Allah.

Wishing something?
Faiza azamtafatawakal`alallah..
Setelah kamu berazam,maka bertawakallah kepada Allah.

Missing someone?
Mafiqalbi ghairullah..
Tiada apa dalam hatiku melainkan Allah

Incited by devils to do evil act
Innashaithonalil insaniaduwummubin
Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi manusia.

Once a path is chosen, brave your way through it.Come what way,till you reach your destination and victory is conquered.May Allah always be with you..


Sahabatku,dalam hidup ini terdapat pelbagai ujian yang kadangkala mampu kita hadapi.
Namun tak kurang juaga yang menyebabakn kita terbaring lesu...
Kepenatan..
Menongkah  arus keperitan..

Namun hanya dua perkara yang mampu selamatkan kita..
Surah Al-Baqorah ayat 45...

Sama-sama kita menjadi hamba yang diredaiNYA...

Saturday, September 17, 2011

Dhuhaku n Dhuhamu...



Solat sunat Dhuha.Apabila disebut,berapa ramai antara kita yang menjadikannya sebagai ubudiyah pada Yang Maha Esa?Manusia sering terleka akan nikmat Tuhan.Dalam mencari rezeki dan keberkatan,ayuhlah teman,kita koreksi diri dan cuba mengubah rutin hidup dengan menambahkan sunnah Rasulullah ini.Betapa banyak fadilat yang tersembunyi tatkala mentari pagi menyinari alam yang dikenali waktu dhuha ini.
Ayuh teman,bersama saya.Kita mulakan dengan pagi ini.....



Cara - Cara :
1. Niat


~ sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah ta'ala.

2.  Rakaat 1st - Baca Al-Fatihah dan surah As-Syams  (disunatkan)

3. Rakaat 2nd - Baca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha (disunatkan)

4. Masa sujud terakhir, disunatkan baca 3x doa ni -


"Berikanlah kepadaku, wahai Tuhan yang Maha Memberi akan ilmu dan hikmah dan murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Jadikanlah ia mudah bagiku"

5. Doa; 
" Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada kami segala apa yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."

Mentari Tuhan....

Mentari pagi menyinari alam,
Cahaya mekar sepanjang zaman,
Kadangkala redup tika dilindungi awan,
Bukti kebesaran Tuhan.

Kau...mentari,
Bersinar megah,
Di ufuk barat mahupun timur,
Cahayamu tak pernah kehabisan,
Hanya menanti hari pembalasan,
Untuk kau kelamkan cahaya,
Hanya kerana Tuhan.


Bintang besar,
Bersinar kembali,
Meskipun pada malam hari,
Kerana rembulan memantulkan diri,
Minta secebis cahaya mentari,
Menyinari alam ini,
Tika malam hari.

Tak pernah kau ukir kata jenuh,
Kerana rasa taat dan patuh,
Pada arahan Tuhan yang utuh,
Badai menimpa kau tetap teguh,
Menyinari alam penuh bersungguh.

Manusia pula sering terleka,
Tak pernah mengambil pengajaran sentiasa,
Ketaatan mentari kepada Tuhannya,
Bagaikan Rasul di bumi nyata,
Aku ingin jadi pengikutnya....

Thursday, September 1, 2011

KeNaPa PerMusuhan

Assalamualaikum ikhwan wa akhowat semua...




Apabila saya membaca sirah Umar Abdul Aziz,saya sangat -sangat terkejut dengan satu sirah..

Sirah yang sangat menghayat hati..
Sukar untuk dihadam dan diterima sebenarnya..

Sebelum zaman pemerintahan keadilan  khalifah umar abdul aziz,terdapat beberapa pemerintah yang boleh dikatakan agak kejam dan zalim sebelumnya.
Seperti yang kita sedia maklum,selepas khalifah rasyidin,umat islam dipimpin oleh bani umaiyah.

Mula-mula Muawiyah bin Abu Sufian.Kemudian diteruskan oleh anaknya,Yazid bin Muawiyah. Dan sistem yang digunakan pada era itu ialah monarki iaitu sistem warisan.

Jadi...bani Umaiyah terus memerintah..Namun apabila membaca sirahnya,saya rasa sangat kecewa.Bukan kenapa,terasa sangat dengan kekejaman yazid bin muawiyah.Tersangat lah kejam sehingga tidak pernah puas menumpahkan darah sesama islam.Pada pandangannya,mereka pemberontak yang harus dilawan.dan menurut sejarah,yazid bin muawiyah inilah yang telah membunuh cucu kesayangan Rasulullah iaitu Saidina Hussien di Karbala.

Kejam!Kejam!Kejam!

Saya tidak memahami lagi kenapa perlu ada permusuhan dalam menegakkan kebenaran.Seandainya permusuhan itu antara umat islam  dengan kafir,saya dapat memahaminya sebagai satu peperangan jihad di jalan Allah sekiranya umat islam ditindas.
Namun,yang berlaku adalah umat islam memerangi umat islam sendiri..

Di mana keadilan yang ingin ditegakkan?

Saya masih lagi mencari sumber sejarah untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku.Sekiranya pembaca mempunyai pandangan atau tahu mengenai semua ini,mohon dikongsi..

Benar..saya ingin tahu..kerana saya amat meminati sejarah....

Wednesday, August 31, 2011

UmAr AbDuL aZIz......

edt_t1.jpg
Assalamualaikum ila ikhwan wa akhowat..

Saya menanti jiwa seorang mujahid sepertinya...

Meneliti sebuah sirah yang agung...
Umar Abdul Aziz merupakan cucu yang pernah didoakan dan didamba oleh saidina umar al-khatab..
Alhamdulillah,Allah memberi saya peluang apabila saya membeli buku sirah umar abdul aziz.
Membacanya pada muka surat pertama sudah berjaya mengeluarkan air mata..
Sesungguhnya saya begitu terharu dengan keadilan dan keperibadiannya yang mulia..


Menyusuri kehidupannya..
Umar Abdul Aziz terbiasa dengan kehidupan yang mewah..
Namun dia tidak meletakkan kekayaan dan harta itu pada hatinya,
bahkan dia meletakkan semua itu pada tangannya..

Keadilan Umar Abdul Aziz jelas terbukti apabila dia tidak sanggup menggunakan api kerajaan ketika anaknya mahu berbicara tentang keluarga...

Subhanallah...

Banyak lagi kisah menarik Umar Abdul Aziz..

Saya terus berfikir..
adakah lagi pemuda seperti ini?
Jika ada....
Boleh tak saya nak jadi bidadari pemuda suci itu..???
(gurau jew..)
masih banyak yang nak perlu dikejar..

Tapi..saya terus berdoa
moga jiwa umar abdul aziz masih dimiliki oleh mereka yang bergelar pemuda di luar sana..

Dan khas untuk pemuda rabbani....
moga-moga insan bergelar syabab sedar akan kepentingan mereka membawa islam di persada dunia......

Saturday, August 27, 2011

Ramadan yang ingin berlalu..

Assalamualaikum ila ikhwan wa akhowat...




amacam dengan ramadan kita tahun ini?

Boleh tak kita katakan lebih baik dari tahun lepas?

Moga-moga begitulah....

Apabila dah berbuka nanti...

dah tinggal sekali lagi untuk terawih

dan....satu hari je lagi nak berpuasa..

Sedih lah nak tinggalkan madrasah ramadan ni...

Entah tahun depan jumpa ke tidak....

Amal sikit lagi..Dosa pulak semakin menggunung tinggi...

Malam lailatul qadar pulak....

Entah dapat ke tidak..

Cuma beramal seperti biasa....

Anyway,sahabat..

saya doakan moga apa yang kita dapat dalam madrasah ini,

mampu untuk kita terus istiqamah..

untuk selamanya...

Moga bertemu lagi Ramadan tahun depan...

Thursday, August 11, 2011

Ihya Ya Ramadan...

Assalamualaikum ila ikhwan wa akhowat..


Alhamdulillah,Allah masih benarkan diri ini bernyawa.
Terasa cukup indah berada dalam jagaanNya.
Apa khabar iman dan amal kita hari ini?
Moga-moga sihat dan bertambah sihat ..

Maaf sebenarnya..
lambat benar diri ini nak ucapkan Ahlan Ya Ramadan..
so,rasanya saya nak tukarlah ucapan ini..
kepada Ihya Ya Ramadan..
moga-moga kita semua meraikan Ramadan yang bahagia ini dengan senang hati..

Saya teringat akan satu mafhum hadis rasulullah...

"Api neraka itu haram bagi orang yang berasa bahagia dengan Ramadan. "




Jadi,marilah kita rasakan kebahagiaan pada ramadan ini.Moga-moga ramadan ini lebih baik daripada yang sebelumnya.

Pesanan terakhir...

Pertama ramadan itu rahmat
pertengahan ramadan itu keampunan
pengakhiran ramadan itu pembebasan daripada api neraka...

IHYA YA RAMADAN,ye.....

Friday, July 22, 2011

Mujahadah pada jalanMu..

Assalamualaikum ila ikhwan wa akhowat..


81_t1.jpg


Ya Allah..
Terasa benar diri hamba yang hina..
Hendak bermujahdah pun sukar..
Diri tetap dalam dosa dan nista..
masihkah ada peluang untukku kembali padaMu?


Luahan bergema menjadi satu..
Hati membeku,
Bibir terus basah berzikir,
Dosa menghempap bagai tak ingin berlalu,
Masihkah ada ruang kemaafan untukku?

Berkali kali ku ulang,
ku cintakan Mu,Tuhan,
Namun dosa juga ku berikan,
layakkah aku bergelar pencintamu,
andai ini yang ku hadiahkan?

Oh,,terasa benar hina diri ini,
mengharap dan terus mengharap,
kerana kehinaan diri,
Untukku pantas berlari,
mengejar redha ilahi..

Semoga kemaafan masih lagi diberikan untukku..

Dan...

Aku terus bermujahadah pada jalanMu..

Terlalu mencintaiMu..

Ya Rabbul Izzati....

Terimalah daku..

Kembali pada addin Mu

Yang satu...

Mengukur sebuah cinta


Assalamualaikum ila ikhwan wa akhowat..

Di dlm Kitab Hayatus Shahabah, halaman 524-525 diriwayatkan kisah berikut:
Menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa’d bin Abi Waqqash utk berdoa. Ajakan itu dipersetujui oleh Sa’d. Keduanya mulai berdoa. Sa’d berdoa terlebih dahulu:

“Tuhanku, jika nanti aku berjumpa dgn musuhku, berilah aku musuh yg sgt perkasa. Aku berusaha membunuh dia dan dia pun berusaha membunuhku. Engkau berikan kemenangan kpdku sehingga aku berhasil membunuhnya dan kemudian mengambil miliknya (sebagai rampasan perang).”
Abdullah mengaminkannya. Tiba giliran Abdullah berdoa:

“Tuhanku, berilah aku musuh yg gagah perkasa. Aku berusaha membunuhnya, dan ia berusaha membunuhku. Kemudian ia memotong hidung dan telingaku. Kalau nanti aku bertemu denganMu, Engkau akan bertanya: ‘Man jada’a anfaka wa udzunaka?’ (Siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?). Aku akan menjawab bhw keduanya terpotong ketika aku berjuang di jlnMu dan jln Rasulullah (fika wa fi rasulika). Dan Engkau, ya Allah akan berkata: ‘Kamu benar!’ (shadaqta).”
Sa’d mengaminkan doa Abdullah tersebut. Keduanya berangkat ke medan Uhud dan doa keduanya dimaqbulkan Allah.
Sa’d bercerita kpd anaknya,

“Duhai anakku, doa Abdullah lbh baik drp doaku. Di senja hari aku lihat hidung dan telinganya tergantung pd seutas tali.”




Kisah ini tlh melukiskan sebuah cara utk mengukur cinta kita pd Allah. Sementara ramai yg berdoa agar mendapat ini dan itu, seorang pencinta sejati akan berdoa agar dpt bertemu dgn Kekasihnya sambil membawa sesuatu yg bisa dibanggakan.
Ketika di Padang Mahsyar nanti Allah bertanya kpd anda: “Dr mana kau peroleh hartamu di dunia?” Anda akan menjawab, “Harta itu ku peroleh dgn kolusi dan korupsi, dgn memalsu kuitansi, dgn mendapat cipratan komisi.”
Allah bertanya lagi, “Apa saja yg tlh engkau lakukan di dunia?”
“Ku hiasi hidupku dgn dosa dan nista, tak henti-hentinya ku cintai indah dan gemerlapnya dunia hingga aku dipanggil menghadapMu.” Allah dgn murka akan menjawab, “Kamu benar!”
Bandingkan dgn seorang hamba lain yg ketika di Padang Mahsyar berkata kpd Allah:
“Tlh ku tahan lapar dan dahaga di dunia, tlh ku basahi bibirku dgn zikir, dan tlh ku curahkan waktu dan tenagaku utk keagungan namaMu, tlh ku hiasi mlm ku dgn ayat suciMu dan tlh ku letakkan dahiku di sejadah utk bersujud pd kebesaranMu.”
Dan Allah akan menjawab, “Kamu benar!”
Duhai.. adakah kebahagian yg lbh dr itu; ketika seorang hamba menceritakan amalnya dan Allah akan membenarkannya.
Mahukah kita pulang nanti ke kampung akhirat dgn membawa amal yg bisa kita banggakan? Mahukah kita temui Kekasih kita sambil membawa amalan yg akan menyenangkanNya?
Allahu ‘lam bisshawab.

Sunday, July 17, 2011

Tahniah buat sahabat...

Assalamualaikum ila ikhwan wa akhowat..


Setelah banyak masa yang ditinggalkan daripada laman blog ni,
Alhamdulillah,
Allah masih memberikan saya kesempatan untuk menulis kembali.

Ya..
Sebenarnya rasa sayang nak meninggalkan laman blog ni..
namun kerana tiada idea dan masa saya benar-benar dihimpit kekeliruan..

Erm..sudah banyak rasanya melalut ni..
so..
nak teruskan dengan niat yang asal.
Tahniah buat para sahabat yang telah diberikan amanah untuk menerajui sekolah ini
pada tahun ini hingga tahun hadapan.

Sahabatku..
Semoga kalian redha dengan amanah yang diberikan,
laksanakanlah tanggungjawabmu sebaik mungkin
Ingatlah jika kamu jatuh,
Aku sentiasa di belakang untuk menolongmu bangkit kembali.
Ingatlah pesananku ini:


Amanah merupakan satu perkara yang paling berat.
Namun akan menjadi ringan apabila keikhlasan yang engkau patrikan
Benteng iman dan taqwa pagarnya
dan engkau hiasi tamanmu dengan qiamulail..


solat3_t1.jpg

Duhai sahabat...
jadilah dirimu bak bintang kejora
di langit malam..
tinggi..
indah dipandang..
terasa ingin digapai..
angan memburu impian..
manifestasikan sebagai kenyataan...

Selamat bekerja....

Saturday, July 2, 2011

My mom..

Assalamualaikum ila ikhwan wa akhowat..

Entah lah..
sebenarnya dah lama nak menulis..
tapi yelah,kan..
tak ada banyak masa..
So..
di kesempatan yang ada gunalah semaksimum mungkin..
Ari jumaat lepas..
Saya diserang rasa takut sangat..
Mana taknya,
my beloved mom
disengat oleh lipan..


                               (gambar hiasan)

Even lipan tu taklah besar mana pun,
But i`m still worry..
Kecik-kecik pun,lipan jugak,kan?
Am I right?
So,my mom ni degil,,
Kononnya dapat tahanlah.
Dia tak tahu yang kita ni dah risau takat nak tercabut kepala..
Lastly,my mom mengadu sakit
Berdecit-decit bunyi dia tahan sakit..
So,selaku anak sulung,
Kononnya ada kuasa vetolah ni..
Saya pun paksa my mom pi klinik..
Nak bawak kereta,kan tak ada lesen lagi..
My mom punyalah kental semangat..
Tahan sakit dan drive ke klinik..
Ha..bukannya susah pun..
Kena satu suntikan..
Makan ubat..
Kurang lah sikit sakit tu..
Masa my mom kena tu dan dia tak nak pi klinik,
ahhh...geram sangat..
Bukan geram kat my mom..
tapi sebenarnya..
takut kalau kehilangan my mom..
Cukuplah buat setakat ni..
my dad dah jumpa Yang Maha Esa..
Tak sanggup nak kehilangan my mom pulak..

Ya Allah..aku tahu aku bukanlah anak yang baik..
lantaran itu kau berikanlah padaku secebis kekuatan..
untuk aku bahagiakan ibuku..
Jangan kau biarkan aku hanyut dengan dunia
sehingga aku abaikan ibuku..
kurniakanlah padanya kesihatan
ketenangan,panjang umur..
kerana tanpanya
aku cukup lemah..
dialah jantung hatiku..
Moga kau reda akan kami....

Mom..
How much i love you?





Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia,
Asal masih..adanya kamu....

Mama...
Along sayang mama..
Mohon ma reda Along sebagai anak..
Even Along banyak wat silap dan lukakan hati ma..
Maafkan Along ye,ma...

Cili sos & Gas

Assalamualaikum..
Hehe..dah lama tak buat new post kat blog..
Asif ye, sibuk sangat akhir-akhir ni..
Erm, hari ni ahad cutilah
Coz semalam dah sekolah,
Ada larian satu murid, satu sukan dan satu Malaysia.
Penat tak lari?
Taklah..bukannya jauh sangat pun ..
Tak sampai pun 1.5 kilometer..
Hehe...
Erm..cuti satu hari jew..
Tapi pelajar asrama digalakkan balik.
Sebabnya mak cik dewan makan ada seminar peringkat negeri..
Tergelak budop asrama masa dimaklumkan pasal ni..
yalah..sepanjang empat tahun duk di asrama tak pernah pun dengar mak cik dewan makan asrama ada seminar..
Lawak betul
Sampaikan ustaz Zubaidi pun tergelak..
Apapun,saya cukup suka cuti..
Dan sekarang tengah spend masa kat umah mak saudara kat Manir..
Bersama-sama sepupu yang terchenta..
Anyway, saya ada sesuatu nak dikongsikan..
semalam kita orang dah tak lalu nak makan nasi..
Biasalah orang Melayu..
Selalu makan nasi..
So,semalam kita orang buat benjo(roti dan telur.)
nak dijadikan cerita,
tengah ralit Along Izyan goreng telur,
gas habis..
Kesian kat pak saudara saya dan sepupu lelaki saya tu,Abang Afham
Pi kedai,beli gas..



Dah pukul 9.00 malam masa tu..
Lepas siap goreng telur dan bakar roti,
Sos cili pula yang habis..







Betul-betul tragislah..
Alhamdulillah,kedai runcit dekat dengan rumah..
Siapa pula yang jadi mangsa untuk pi kedai..
Mestilah lelaki,kan..
Aizat pula yang jadi mangsa..
Dan akhirnya..kami makan malam pada jam yang lewat,
yakni pukul 10.00 malam..
Deduksinya,kami tak lulus lagilah kalau ada impian nak bukak kedai roti burger..
Maksudnya...kena banyak belajar lagi...
Rajin-rajin turun kat dapur...
Kalau tak,jadilah macam kita orang semalam,
Barang yang dah nak habis pun tak perasan...

Ingat pesan ni wahai anak dara di luar sana....

Saturday, June 25, 2011

Kem Askar Batalion 18....

Setelah sekian lama menyepi alhamdulillah,akhirnya masih diberi peluang untuk kembali menulis..
Hehe..hari ini sepatutnya sekolah.
Tapi sebab saya demam,
So saya terpaksalah ambil cuti.
Maklumlah..
Baru pulang dari perkhemahan.
Erm..
Sebenarnya,teringin saya nak share something..
Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Hehe..
Plus kan ni baru pertama kali menyertai perkhemahan yang lasak macam ni.
Tiga hari lepas,saya berpeluang menyertai perkhemahan ala-ala kem tentera gitu.
Ops!!memang kem tentera pun..
Persatuan Pandu Puteri SHAMS mengadakan satu mukhayyam kat Kem Seri Pantai,Seberang Takir.
Bezz sangat.Mula-mula sampai kita orang dah pun diberi pengalaman untuk terjun dari satu bangunan yang berketinggian empat tngkat.
Wow!yang syoknya guna tali tau.
Betul-betul menguji keimananlah.
Dah la kena marah denagn pakcik-pak cik askar tu.
Sebab silap step turun.
Saya lagi teruk.
Kaki tak sampai nak cecah wall
Apa lagi buat gaya macam nak bunuh diri lah..
Sure,kena marah teruk dengan askar-askar tu.
Alhamdulillah panjang umur lagi....
Tapi kan pelik jugak kalau baca kes-kes bunuh diri.
diaorang memang betul-betul tak sayang nyawa lah..
Eii...saya nak kata,masa brada di atas sebelum buat terjunan abseiling tu,
Memang betul-betul fikiran kosong..
padanlah orang bunuh memang tak sedarkan diri..
Erm...bila masuk bab merentas halangan,
Satu hal pulak..
Saya yang sememangnya rendah ni,
tak sampai langsung nak buat monkey bar,lompat tembok tiga beradik,naik tangga piramid
sedih betul..
Tapi buat jew..
Sebab nak rasa pengalaman...
Penuh kesusahann.. Tapi seronok...
Syok abis....
Ada guling-guling atas tanah..
at the end,,,termuntah sebab tak larat sangat..
Hehe..jiwa tak kental..

Anyway..syok sebenarnya..
Tapi..tahun depan
tak nak masuk PLKN..
cOZ...
tahun depan banyak sangat nak lakukan tugas-tugas yang belum diselesaikan..
Harap-harapnya,,.menjadi..
K,see you all again..
Daa...

p/s : teringin jugak nak letak gambar, lain kali ye coz tak sempat lagi nak minta gambar dari cyberbriget SHAMS..

Friday, June 10, 2011

Bersediakah kita untuk mati?





Pernahkah anda terfikir yang anda akan mati dengan tiba-tiba tanpa sebarang petanda? Aku pernah dan selalu. Tidak mengira masa terutamanya apabila berbaring untuk melelapkan mata, aku akan termenung sejenak. Merenung syiling yang bersawang, dalam cahaya yang samar."Macam mana agaknya kalau Allah tiba-tiba nak cabut nyawa aku?" Aku fikir dengan mendalam dan selalunya datang perasaan gemuruh, gentar. Serius. Kita tidak tahu bila kita akan meninggalkan dunia ini.


Bukan untuk menikmati keindahan duniawi, bukan juga masih tidak puas hidup di dunia yang penuh godaan ini, tetapi mengenangkan terlalu banyak dosa yang masih belum di-top up dengan pahala, amalan yang amat sedikit apatah lagi Iman yang ibarat roda, turun dan naik. Sekejap di atas sekejap di bawah, aku terlalu takut dan malu untuk mengadap-Nya.
Bila-bila masa saja.
Pernah, selalunya bila hampir terlelap, tiba-tiba datang perasaan seolah-olah nyawa hendak pergi. Terkejut. Terus beristighfar seraya bermonolog, "Ya Allah, jangan ambil nyawa aku lagi, jangan! Aku masih tidak bersedia lagi ya Allah!"
Serius. Aku bukan cakap sebarangan. Mungkin aku terlalu memikirkan banyak perkara. Pernah juga aku suarakan tentang perkara ini kepada ibu yang aku panggil umi, "Umi, kenapa along selalu fikir pasal mati eh? Petanda ke ni?"
Cepat saja umiku memotong kata, "Hish! jangan fikir bukan-bukan la.. Tu maknanya Allah nak along perbanyakkan amalan, ibadah, biar jadi orang beriman.."
Cuba anda fikirkan sejenak, hari ni kita tengok orang itu meninggal, orang ini meninggal, kita bersedih untuk orang itu dan menangis untuk orang ini. Tetapi, cuba anda bayangkan esok pula orang menangis untuk anda.
Setiap hari ada sahaja orang meninggal dan kadangkala dengan sebab yang tidak munasabah dan tidak tersangka. Jangan ingat mati itu menjemput tika hari tua, sebab sakit tua, apabila usia mencapai 70 dan ke atas. Kata orang, umur kritikal untuk ke masjid.
Apa salahnya kita muhasabah diri. Kadang-kadang aku termenung, kenapa orang itu dan orang ini masih leka bermaksiat, kalau tiba-tiba Allah cabut nyawa masa itu, alangkah ruginya.
Dulu, masa belajar di kolej matrikulasi, aku sempat menyertai dan mengikuti jemaah tabligh. Banyak yang aku belajar dan masih banyak yang aku tidak ketahui. Masih aku ingat kata-kata ini, "Amalan kita, solat kita, puasa kita dan sebagainya itu bukan menjamin kita untuk ke syurga-Nya. Beribadahlah berterusan seribu tahun sekalipun belum tentu menjamin kita untuk ke syurga Allah." Aku terkedu.
"Ya Allah, layakkah aku untuk ke Syurga-Mu?" Aku bertanya.
Habis itu apa yang menjamin kita untuk ke Syurga Allah?
Jawapannya ringkas saja, "Keredhaan Allah". Keredhaan Allah yang membenarkan kita untuk menjejakkan kaki ke Syurga nan indah itu. Wallahualam.
Jadi, setiap perkara yang kita lakukan, biarlah mendapat keredhaan-Nya. Apa jua perkara sekalipun. Muhasabahkan diri.
Apabila anda bersendirian, keadaan sunyi sepi.. cuba pejamkan mata. Bayangkan sudah tiba masanya untuk anda pergi selamanya. Sakit bukan kepalang.. luka terhiris sembilu sudah pedih, apatah lagi roh yang hendak bercerai dari jasad.
Anggota badan anda tidak dapat bergerak, bermula dari bawah.. perlahan-lahan ke atas. Deria anda yang terakhir yang dapat berfungsi ialah telinga. Saat itu, semuanya sudah gelap gelita, hanya dapat mendengar bunyi persekitaran.
Telinga adalah deria terakhir yang berfungsi sebelum roh meninggalkan jasad. Sebab itulah kita dikehendaki membisikkan kalimah syahadah di kala seseorang sudah nazak. Nazak bermakna nyawa sudah sampai ke penghujungnya.
Memuhasabah diri sedikit sebanyak dapat membantu kita, sejauh manakah kesedaran kita.. kesediaan kita untuk mati. Jangan sedar saja, hendaklah disusuli dengan amalan yang diredhai-Nya. Aku berpesan kepada diri sendiri dan rakan-rakan sekalian. Moga hidup kita sentiasa diberkati dan diredhai Allah S.W.T.
Duhai teman, sesungguhnya saya ingin tekankan sekali lagi,bukannya amalan kita yang akan bawa kita ke syurga, tetapi reda Allah.

Maka,jom bersama saya,kita kejar reda Allah.. Moga Allah reda.

Surat Berantai-rantai


 






Pernahkah anda dapat surat atau risalah yang memberi dakwah Islam? Ataupun sekadar peringatan untuk Muslim..
Contoh terbaik!
Surat daripada penjaga makam Rasulullah s.a.w, yang tertidur dan bermimpi didatangi seseorang yang memberi peringatan-peringatan tertentu, khas untuk semua umat Islam.
Kita disuruh untuk fotostat dan mengedarkan risalah itu kepada orang lain. Tidak kira sama ada berbentuk risalah kertas, emel, mesej atau video.
Pernahkan?
Kemudian, di akhir ayatnya terdapat petikan ancaman yang bunyinya lebih kurang begini, "Jika sesiapa yang tidak menyebarkan risalah ini akan ditimpa bala bencana dalam masa 10 hari."
Surat tersebut turut menyertakan contoh peristiwa malang yang berlaku akibat daripada tidak melaksanakan kehendak surat berantai tersebut seperti: Si A pernah dibuang kerja daripada menteri kerana mengendahkan mesej-mesej sebegini.
Apabila Si A menyebarkannya, barulah segala yang hilang dapat kembali.
Surat berantai ini terdapat dalam pelbagai bentuk yang mempunyai pelbagai mesej yang disampaikannya. Terdapat juga di kalangan rakan-rakan saya yang turut terjebak dengan perkara-perkara sebegini. Apabila ditegur, bagi yang menerima dengan baik, terima kasih diucapkan.. tetapi terdapat juga yang mempunyai pelbagai alasan untuk menuruti kehendak surat tersebut. Contohnya ;
"Ala.. Aku sebarkan pasal Islam ini.. Ade pengajaran apa.."
"Laaa.. Takpela.. Aku saja je hantar.."
"Eh, nanti tak pasal-pasal aku kena bala pula"
Dan pelbagai lagi..
Jadi, di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai perkara ini. Pandangan dari saya sendiri, dan juga dari apa yang saya baca dalam majalah-majalah Islamik.
Faktor Pertama
Jika kita tengok pada isi surat itu sendiri. Contoh, mengenai mimpi dari seorang penjaga makam Rasulullah s.a.w, Sheikh Ahmad Maeine.
Siapakah dia?
Benarkah dia memang wujud?
Atau sekadar watak yang direka sahaja?
Namun, jika betul tidak mengapa..
Tetapi perlulah disertakan dengan bukti sekali..
Sedangkan hadis-hadis yang sering kita dengar, pasti akan disertakan siapakah periwayatnya.
Malah, berkaitan dengan "bukti" yang menyatakan seseorang yang tidak menjalankan "amanah" tersebut ditimpa bala bencana tidak mempunyai sebarang bukti sahih dan jelas.
Faktor Kedua
Umat Islam langsung tidak pernah dipaksa untuk menyebarkan ilmu. Namun, kita digalakkan. Tetapi andai tidak menjalankannya tidak akan berdosa atau ditimpa bala bencana. Allah tidak pernah menyatakan hal yang sedemikian.
Cuba kita fikir..
Besar sangatkah kuasa surat itu? Malah, memaksa kita menyebarkan info dari surat itu. Sedangkan Rasulullah hanya menggalakkan kita menyebarkan ilmu, bukan memaksa. 
Faktor Ketiga
Allah itu Maha Berkuasa. Tiada apa-apa pun yang lebih berkuasa selain Dia. Itu kita sudah tahu bukan?
Mengenai hal ini pula, seperti yang tertera dalam surat itu, kita akan ditimpa bala jika tidak menyebarkannya dan akan diberi kebahagiaan jikia kita menyebarkannya.
Wow. Sungguh besar kuasa surat itu. Sehingga kuasanya setanding dengan kuasa Allah. Biar benar? Sungguh hebat.
Secara tidak langsung, seseorang yang menuruti perintah surat ini, sekaligus sudah terjebak dengan Syirik. Pengertian syirik mengikut buku teks Pendidikan Islam tingkatan 4.
"Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah."
Seseorang itu telah percaya, bahawa nasibnya selepas itu bergantung kepada surat itu. Jika dia tidak menyebarkannya, maka nahaslah dia ditimpa bala nanti. Jadi, dia mahu mendapat berkat atau kebahagiaan. Maka dia telah melakukan syirik.
Segala apa yang kita dapat, terima, alami, takdir dan nasib, segalanya terletak pada kekuasaan Allah. Bukan pada sehelai kertas, sepucuk surat atau mesej atau emel yang diterima.
Faktor Keempat
Namun, tidak dinafikan ada juga yang tidak mengetahui sehingga ke tahap ini sekali perkara ini boleh terjadi. Ada yang hanya ingin menyebarkan bagi sekadar suka-suka.
Tiada niat kerana percaya dengan surat itu. TETAPI, anda jangan lupa. Kepada siapa anda sebarkan itu? Siapa tahu, ada yang percaya nanti? Dosanya itu, akan sampai kepada anda juga kerana menyebarkan.
Kita perlu ingat, jika kita menyebarkan sesuatu ilmu yang bermanfaat, selama mana ilmu itu disebarkan selama itulah kita mendapat pahala untuk hal itu. Jadi, memang untung. Syukur.
Namun, perkara yang sama akan terjadi jika kita mengajar perkara negatif juga. Selagi ajaran negatif itu tidak dihentikan, selagi itulah kita akan berdosa. Jadi, hati-hati ya?
Contoh yang menakutkan,
Qabil, manusia pertama yang membunuh manusia, iaitu membunuh Habil. Bayangkanlah, sehingga sekarang masih ada pembunuhan. Bagaimanalah azab beliau di dalam kubur? Sudah berapa tahun beliau meninggal?
Diseksa sehingga Hari Kiamat dan dosa membunuhnya pula bertambah-tambah hari demi hari. Wallahualam. Moga Allah meringankan azab baginya.
Kesimpulannya,
Jika anda mendapat emel, surat, risalah atau mesej sebegini, bacalah dahulu, dan cukuplah sekadar mengambil peringatan dari isi kandungannya. Tidak perlu menyebarkan mengenai bala-bala yang akan dialami sekiranya mengendahkannya.
Khabarkanlah kepada rakan-rakan anda mengenai perkara surat berantai ini. Segala kesan mengenai surat sebegini.
Sehingga di sini sahaja saya ingin mencoretkan sedikit peringatan kali ini. Sekian. Maafkan saya jika informasi yang diberikan tidak lengkap atau tidak tepat. Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari kesilapan diri saya sendiri.

by: muhammad aiman