Saturday, April 30, 2011

Kenapa mengantuk???



Ya Allah...
Entahlah...
Setiap hari mengantuk je kerja diri ini..
Tak taulah kenapa...
Seriously, saya selalu mengantuk dekat asrama terutama masa BMP(waktu belajar dalam kelas)
Tak tau kenapa..
Sakit sangat rasa..
dah buat macam-macam cara..
Makan coklat..
Minum air ...
Bersenam...
and so on lah...
dah pening kepala ni..
Ubat- ubatan macam macam dah telan ..
Madu..
Appeton..
pun tak jalan..
balik cuti ni nak try kismis pulak..
tak tau lah menjadi ke tidak...
Dah tak sanggup rasanya nak lukakan hati mursyid dan mursyidah dalam kelas..
Selalu sangat kena tegur...
Malunya YA Allah...



Bantulah Hamba Mu ini TUHAN...
KEPADA PARA PEMBACA,
KALAU ADA SOLUTION TOLONG KONGSI YE....

BANTU YUPPP...
saya tak nak mengantuk..
saya malu...
Tapi saya tak mampu tahan..
Plezeeee...help me...

Syukrann...

Sedihnya hati ni........

Maaf sekiranya penulisan kali ini membuatkan ada hati yang terguris. Bukan niat saya membuka aib sesiapa namun sekadar satu luahan perasaan.

Ada ketika, hati ini cemburu melihat insan lain memakai jubah dan jilbab bersama - sama keluarga tersayang. Namun diri hamba yang hina ini masih tidak diberi peluang untuk merasakannya..
Kadang kala terfikir jua..
"Mungkin ini ujian Allah untuk aku...Sabarlah Ain..."

Puas dipujuk lara hati ini...Tuhan je yang mampu memahami...

Apabila saya memakai jubah atau jilbab macam-macam tohmahan yang datang....

"Along ni....tak pandai bergayalah..."
"Syahirah kena pakai tudung kecil sikit. Nanti lambat lagi rendah la kalau pakai jilbab."
"Awak punya tudung besarlah.."
"Kalau awak pakai jubah nampak gemuklah.."
"Kenapa tak pakai seluar? Kan senang..Pakai jubah susah nak buat kerja."
Etc...etc n etc...Bla...bla...bla.....

Dengan mimik muka blur...i give them smile...a nice smile.. but my heart was broken...!!!!
"Ya Allah...please protect me.."



My family not islamic family..
Kenyataannya memang mereka Islam..Tapi....(lupakan je.._)
Entahla...namun semoga Allah  berikan hidayah pada mereka...
Dan kerana semua tu..
saya rasa suka sangat tinggal kat asrama..
Coz of what???
Sebab semua pakai jilbab
Dan saya rasa kuat...
Yeay...
Alhamdulillah...

Pengajarannya...
Saya tau bukan saya seorang je punya  masalah ni..
Masih ramai lagi yang punya masalah yang sama....
Sebabnya...
ramai yang datang mengadu kat saya pasal ni..
"Kak Ain...family kita tak tutup auratlah..Macam mana kita nak tutup aurat jugak?"
so..
Kuatkan hatimu duhai muslimah.....
Apa salahnya kalau kita yang mulakan langkah pertama tu..
tak salah..
tapi kita kena kuat semangat..
Dan jangan berputus asa.Sesungguhnya Allah benci orang yang berputus asa..




Mungkin ini satu ujian untuk kita..
"Apakah kamu mengira kami akan membenarkan kamu untuk berkata kamu beriman sedangkan kamu belum diuji?"
Bangkitlah..
ayuh korakanlah langkah nan satu
Tunjukkan Islam tu hebat..
"Sesungguhnya islam itu tinggi,dan tiada yang lebih tinggi dari Islam..."
Takbir
Alalhuakbar!!!!!

PAHITNYA PERJUANGAN KERANA MANISNYA SYURGA...
SABDA RASULULLAH...
"ISLAM ITU DATANG SECARA DAGANG (asing) DAN AKAN KEMBALI SECARA DAGANG, MAKA BERUNTUNGLAH ORANG YANG BERDAGANG ITU..."

jom kita jadi orang yang berdagang...
Amin...

Atuk itu.....

Pertemuan dengan seorang atuk walau seketika dan ,namun saya bersyukur kerana sempat mengutip mutiara ilmu darinya.

Semalam...Pertemuan dengan seorang atuk.Memang saya tak kenal.Pertemuan yang ditentukan Allah.Pakcik tu menumpang kereta untuk pulang ke rumah selepas mendengar ceramah di Rusila.
Dari situ dah terbit rasa kagum akan kesungguhan atuk dalam menuntut ilmu...

Dalam kesempatan yang ada , saya yang sememangnya banyak mulut ini bertanya itu dan ini.Dan saya nak kongsi sedikit ilmu yang sempat saya kutip.....Hehe...

Peniaga yang nak lariskan jualan bacalah ayat 29 dari surah Al-Faatir.Hembuskan pada barang-barang tersebut.InsyaAllah.....laris jualan.

Penghafaz Al-Quran pula bacalah selawat syifa' dan doa mudah belajar yang dibaca dalam kelas.Amalkan setiap hari ye....

Kalau nak lembutkan hati pun bacalah selawat syifa'.

Buat semua....
Ni hanya usaha kita..
InsyaAllah..mohon dipermudahkan untuk berjaya,,,
Renungkan dan selamat beramal....




Friday, April 22, 2011

PETUA MEMILIH SAHABAT..

Pesan Al-Qomah kepada puteranya.....Petua untuk memilih sahabat...



1. Jika kamu ditimpa bencana,maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.

2. Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari temanmu maka ia akan segera mengusahanya.

3. Jika kamu merancang sesuatu maka temanmu itu aakn turut membantumu dengan memberikan pandangannya.

4. Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu membenarkan ucapanmu.

5. Jika temanmu itu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan kamu maka dia akan menutupinya.

6.Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu maka dia akan membalasnya dengan baik persahabatan itu.

7. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan (hadiah) kepada temanmu maka ia akan menerimanya dengan baik dan membalasnya.

8. Jika kamu berdiam diri atau malu untuk meminta sesuatu darinya maka dia akan bertanyakan kesusahanmu itu.

9. Jika temamu mendapat sesuatu kebaikan dan kebajikan darimu itu maka ia akan mengingatinya,menghargai dan menyebutkannya.

10. Jika kamu berselisih faham dengannya,maka ia lebih rela mengalah demi memelihara persahabatan itu.

Persoalannya...
Adakah kita punya sahabat sedemikian???
Kalau ya..
Alhamdulillah..
Kalau tak..
Kenapa kita tak mulakan dengan diri kita...
Tak salah kalau kita yang mulakan langkah pertama itu...



Buat sahabat-sahabatku..
ketahuilah..
Ain sayang antunna semua....
SKKB dan SHAMS...
Kekal di sanubariku.....

DUHAI MUSLIMAH...

Beritahu pada muslimah itu,
dirinya ibarat kaca,
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beriathu pada muslimah itu,
jaga tutur katanya,
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu,
jaga tingkah laku,
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian tidak berfaedah.

Beritahu pada muslimah itu,
jaga pakaian,
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal,
Dia ORANG ISLAM....

Beritahu pada muslimah itu,
simpan secebis malu,
kerana malu itu,
sebahagian daripada iman.....

Monday, April 18, 2011

Ustaz Mat Nor dah kembali...

"Setiap yang hidup pasti akan mati"....
Itu firman dan janji Allah..Janji Allah pasti berlaku.
Meski kita cuba sangkal sekalipun,semuanya pasti tetap terjadi.Apalah daya kuasa kita untuk melawan kuasa Yang Maha Esa.

Sedarlah duhai insan kamil,
Kematian pastikan menjemputmu.Dan sedarlah taubat itu masih terbuka sehinggalah terjadinya dua perkara.
Nyawa di hujung kerongkong dan matahari yang terbalik arah pusingannya....


KEMATIAN.... KEHILANGAN.....


Saat saya pulang dari prep malam,saya dikejutkan dengan berita kehilangan seorang mursyid yang paling saya sayang, Ustaz Mat Nor bin Besar.Ustaz dah kembali ke rahmatullah tepat jam 9.05 malam kerana serangan sakit jantung.Itu yang dimaklumlan kepada semua pelajar asrama SHAMS semalam.
Hari ini,saya dan sahabat berpeluang melihat jenazah ustaz di kediamannya ynag terletak di Manir.Alhamdulillah,sejuk mata memandang jenazah ustaz yang tenang walaupun jasadnya kaku di pembaringan....Takziah daripada kami untuk ahli keluarga ustaz....

Sedetik terimbau kenangan bersama ustaz ketika saya dan sahabat di tingkatan satu dan dua. Kami pelajar Al-Muttaqun sangat rapat dengan ustaz memandangkan masa kelas Al-Quran kami sebanyak 4 hingga 6 jam dalam sehari.Segala tunjuk ajar daripada ustaz akan menjadi bekalan untuk kami dalam mencapai reda Ilahi.

Doa kami...
Semoga ustaz terus berada dalam keadaan tenang dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh...
Syukran ya Ustaz...
Uhibbuka jiddan....

Sunday, April 17, 2011

Kem Remaja Islam Shams in my memory....

Alhamdulillah,Allah masih mengurniakan nikmat yang paling besar pada diri hamba yang hina ini.
Masih diberi peluang untuk bernafas,diselangi nikmat iman dan islam terutamanya.
Hari ini,genaplah dua hari berlalunya Kem Remaja Islam Shams(KRIS), acara yang wajib bagi setiap tahun di SHAMS.Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang meski banyak kesilapan yang tersembunyi di dalamnya.Namun, segalanya tampak sempurna atas keizinanNya. InsyaAllah...

Baru kali ini saya rasa susahnya nak berdakwah dan membetulkan kesilapan adik-adik yang masih belum mengenali Islam dengan sebenarnya di samping saya dan sahabat untuk terus mengislahkan diri kepada AllahAzzawajala.Benarlah kata pepatah...Pahitnya perjuangan kerana manisnya syurga....

Penat.Itu gambaran yang mampu saya berikan.Namun cukup puas setelah saya lihat adik-adik f2 SHAMS cuba untuk berubah daripada kesilapan lalu.Sesungguhnya kami hanya mampu membimbing bahkan Allah jualah pemilik hidayah yang sebenarnya.KepadaNya jualah kusandarkan segala harapan.

Khas buat adik-adikku sayang,,,
K.Ain tak harapkan kejayaan lain melainkan adik-adik terus berusaha untuk berubah dan mencapai reda Allah.Tiada insan yang sempurna dalam hidup ini.Semuanya pernah buat kesilapan.Dan sebaik-baik pendosa itu,mereka yang bertaubat..

Di kesempatan ini,saya nak ucapkan terima kasih,syukran,toche,kam-sa-ham-ni-da ,merci becuop kepada akhi dan ukhti yang sanggup turun padang membantu kami yang lemah dan tak punya pengalaman ini.Tunjuk ajar kalian amat bermakna buat kami.K.Asmaa,K.Bee,K.Su,K.Mirah Rubi dan K.Aniyah...Terima kasih korbankan waktu lapang kalian untuk kami menjayakan KRIS tahun ini.Semoga Allah membalas budi baik kalian....

Buat semua...
Hayatilah sajak ini... buat semua...
Semoga menjadi ingatan untuk selamanya...

KRIS..
Di sini pentarbiyahan berlaku,
Membangkitkan syiar Islamku,
Mengasuh jiwa-jiwa rabbani,
Menuju jalan Ilahi...

KRIS..
Adik-adikku mengertilah,
Kami bukan mendera,
Kami bukan menghukum,
kmai hanya mendidik,
Agar dirimu menjadi yang terbaik,
Demi Islam bersama...

KRIS..
Mari mantapkan ukhwah antara kita,
Ayuh korakkan langkah,
Demi cita-cita nan satu,
Mencapai reda Yang Maha Esa...

KRIS..
Detik-detik indah bersamamu,
Menjadi memoir indah dalam hidup kami,
Nadimu inspirasi kami,
Perjuangan hakiki penuh mehnah tersendiri....

KRIS..
Perjuanagn tak terhenti setakat ini,
Ukhwah tak pernah terlerai,
Meski kau meninggalkan kami,
Kerana kaulah,
Membentuk usrah antara kami,
Mencari reda Ilahi......


BUAT ADIK-ADIK....
Sama-samalah kita mengislahkan diri kita kepada Allah..
Sayang adik-adik semua...
Ingat ye...
Allah sentiasa sayangkan kita..
Jadilah hamba yang terbaik untukNya...