Thursday, September 1, 2011

KeNaPa PerMusuhan

Assalamualaikum ikhwan wa akhowat semua...




Apabila saya membaca sirah Umar Abdul Aziz,saya sangat -sangat terkejut dengan satu sirah..

Sirah yang sangat menghayat hati..
Sukar untuk dihadam dan diterima sebenarnya..

Sebelum zaman pemerintahan keadilan  khalifah umar abdul aziz,terdapat beberapa pemerintah yang boleh dikatakan agak kejam dan zalim sebelumnya.
Seperti yang kita sedia maklum,selepas khalifah rasyidin,umat islam dipimpin oleh bani umaiyah.

Mula-mula Muawiyah bin Abu Sufian.Kemudian diteruskan oleh anaknya,Yazid bin Muawiyah. Dan sistem yang digunakan pada era itu ialah monarki iaitu sistem warisan.

Jadi...bani Umaiyah terus memerintah..Namun apabila membaca sirahnya,saya rasa sangat kecewa.Bukan kenapa,terasa sangat dengan kekejaman yazid bin muawiyah.Tersangat lah kejam sehingga tidak pernah puas menumpahkan darah sesama islam.Pada pandangannya,mereka pemberontak yang harus dilawan.dan menurut sejarah,yazid bin muawiyah inilah yang telah membunuh cucu kesayangan Rasulullah iaitu Saidina Hussien di Karbala.

Kejam!Kejam!Kejam!

Saya tidak memahami lagi kenapa perlu ada permusuhan dalam menegakkan kebenaran.Seandainya permusuhan itu antara umat islam  dengan kafir,saya dapat memahaminya sebagai satu peperangan jihad di jalan Allah sekiranya umat islam ditindas.
Namun,yang berlaku adalah umat islam memerangi umat islam sendiri..

Di mana keadilan yang ingin ditegakkan?

Saya masih lagi mencari sumber sejarah untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku.Sekiranya pembaca mempunyai pandangan atau tahu mengenai semua ini,mohon dikongsi..

Benar..saya ingin tahu..kerana saya amat meminati sejarah....

0 comments:

Post a Comment