Saturday, September 17, 2011

Mentari Tuhan....

Mentari pagi menyinari alam,
Cahaya mekar sepanjang zaman,
Kadangkala redup tika dilindungi awan,
Bukti kebesaran Tuhan.

Kau...mentari,
Bersinar megah,
Di ufuk barat mahupun timur,
Cahayamu tak pernah kehabisan,
Hanya menanti hari pembalasan,
Untuk kau kelamkan cahaya,
Hanya kerana Tuhan.


Bintang besar,
Bersinar kembali,
Meskipun pada malam hari,
Kerana rembulan memantulkan diri,
Minta secebis cahaya mentari,
Menyinari alam ini,
Tika malam hari.

Tak pernah kau ukir kata jenuh,
Kerana rasa taat dan patuh,
Pada arahan Tuhan yang utuh,
Badai menimpa kau tetap teguh,
Menyinari alam penuh bersungguh.

Manusia pula sering terleka,
Tak pernah mengambil pengajaran sentiasa,
Ketaatan mentari kepada Tuhannya,
Bagaikan Rasul di bumi nyata,
Aku ingin jadi pengikutnya....

0 comments:

Post a Comment