Monday, January 31, 2011

Bingkai Kehidupan




Mengharungi samudera kehidupan.
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Takkan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allah ghayatuna,
Arrasul quduwaruna
Al-quran dusturna
Al-jihad fi sabiluna
Al-mautu fi sabilillah asma amanina

Allah adalah tujuan kami
Ar rasul ikutan kami
Al-quran panduan kami
Jihad jalan kami
Mati di jalan Allah cita tertinggi kami


p/s : inilah lagu kem..kalau tak silap masa kem NAKIS atau TAMRIN. Tapi,,sori ye...saya dah lupa siapa penyanyi dia....Apa pom,,semoga lagu ini memberi pedoman dalam hidup kita bersama...

fastabikhul khairat.....

Jom kita amalkan petua untuk sehat....

Ah...hari ini saya nak share jugak la something yang baru saya terbaca kat dalam buku Wasilah.Buku ini buku tazkirah yang biasa dijula saban hari di SHAMS..


Kita semua kan nak sehat..Betul tak?Sebabnya kalau kita tak sehat macam mana kita nak berjuang..jadi,kita kena sentiasa sehat...Apa petua nak sehat???


4 PERKARA  KUATKAN BADAN


makan daging
memaki haruman
kerap mandi


4 PERKARA LEMAHKAN BADAN


banyak berkelamin(bersetubuh)
selalu cemas
banyak minum air ketika makan
banyak makan bahan yang masam


4 PERKARA TAJAMKAN MATA


duduk menghadap kiblat
bercelak sebelum tidur
memandang yang hijau
berpakaian bersih


4 PERKARA ROSAKKAN MATA


memandang najis
melihat orang yang dibunuh
melihat kemaluan
membelakangi kiblat


4 PERKARA TAJAMKAN FIKIRAN


tidak banyak berbual kosong
rajin bersugi
bercakap dengan orang soleh
bergaul dengan para ulama..


Ermm..itulah yang ditulis dalam buku tu...Harap-harapnya lepas ni kita sama-sama krokresi diri dan berusaha untuk tampil yang sebaik mungkin...Chaiyokk....

Lemah Semangat...

Dah lama dah saya tak menulis.
Yup..
Sebenarnya tak ada masa.(.hehe)..maklumlah,duk kat asrama.Jadi bila time balik je boleh bukak blog.Tu pun kalau hari minggu,tak sempat jugak...

Alhamdulillah,sekarang cuti Tahun Baru Cina.Selamat menyambut tahun baru buat jiran saya di Kuala Berang ni...Kebetulan,SHAMS cuti awal...sempat lah balik kat umah lama-lama sikit...

Penat memang tak terkata sejak dua minggu ni,,maklumlah..hari merentas desa.Wah..memang semangat pelajar SHAMS tak pernah berubah sertiap kali kejohanan ini dijalankan..Teruja juga tengok semua pelajar bersemangat...Dan yang paling best nya...rumah biru sekali lagi jadi JUARA..Alhamdulillah.....

Ermmm..Sebenarnya hari ini saya nak share something...Kalau boleh nak minta jugak pandangan dari my followers..Kalau ukhti solihah ada terbaca,mohon berilah pandangan...

Sejak akhir-akhir ini,saya tak tahu kenapa lemah semangat.Rasa tak bermaya..tak selesa..bagai ada sesuatu yang menghalang untuk saya rasa lebih bertenaga..Astagfirullah....

Khabar yang paling buruk,sekarang saya dalam proses resign pengawas..Entah kenapa?Saya sendiri tak tahu puncanya.Hati kuat mengatakan supaya saya resign,tapi kapten tak lepaskan saya.Maklumlah,PA sekarang dah semakin berkurang.Bukannya tak sedih nak tinggalkan medan pengawas ini,tapi........

Sudah la semangat hilang,hati pula bertambah sakit.Baru-baru ini,hati ini belajar membenci pemimpin tanpa alasan yang tersendiri.Sakit sangat..tak tahu kenapa.Perit..tak tahu nak buat macam mana...

Saya dah berusaha tak nak benci sesiapa.Kerana mereka saudara saya.Namun ini tetap berlaku.Solution yang pernah saya buat pun,,macam tak berapa nak menjadi.Adakah kerana ibadah saya yang kurang tau jati diri tak mantap..

solution yang pernah saya buat..
baca Al-Quran...
muhasabah...
tanya pendapat asdiqa...
berlagak ceria...
solat sunat..

Semua itu berkesan..tapi untuk jangka masa pendek..selepas itu semangat hilang....Kebencian kian meresapi jiwa....

"YA TUHAN,bantulah hambaMu yang hina ini.Sesungguhnya,aku tidak ingin membenci insan-insan di sisiku.......Kuatkan semangatku..Sungguh,aku benar-benar buntu..."

Buat para pembaca,,minta diberi pandangan kalau lah kalian ada terjumpa solution untuk diri ini..Saya sakit..Dan saya tak nak sakit bertambah parah..Bantulah saya andai kalian benar sahabat saya...