Sunday, December 18, 2011

tERUSKANLAH PERjUANgaN.....

 Sesungguhnya perjalanan seorang daie itu sangat panjang dan melelahkan.Ketika itu orang akan hairan melihat daie menyengsarakan diri dalam kelelahan dan bertanya,
Sampai bila kau akan melelahkan diri?
maka jawab si daie dengan pasti,
Sebenarnya daku mengharapkan istirehat di syurga.


Teruskanlah perjuangan wahai daie sekalian..
Jom sama-sama merebut keredaanNya untuk kita..
Daie blogger,bukan sekadar ingin meramaikan follower,
Bukan jua sekadar berkenalan di alam maya,
Bukan untuk teruskan berfoya-foya,
Namun seorang daie blogger akan terus berjuang,
melalui jemari menaip kata,
walaupun bibir tidak berbicara,
dia tetapbegitu,
memiliki keutamaan yang sama,
mengejar reda Yang Maha Esa,


menyebar dan menyeru,
agar nanti terselit jua keinsafan pada pembaca.
Maka wahai daie,
mungkin ini satu daripada perjuangan kita,
untuk menyelamatkan ummah,
yang kian diserang kelalaian,
dengan fatamorgana keindahandunia,
Hakikat yang begitu leka,
Ayuh..
Buka langkahmu ke alam perjuangan,
Andai rasa terkilan dan lemah ,
Ingatlah pesananku ini...

Derita perjuangan bukan satu bebanan tetapi satu latihan.Gundah perjuangan bukan satu ancaman tetapi satu  didikan.Mehnah perjuangan bukan satu kegusaran tetapi satu kekuatan.Walau perit manapun perjuangan,sesukar manapun perjalanan,kita pejuang.Tabahkan hati kita.

Mujahid dan mujahidah,kuatkan diri ,kukuhkan tekad,mara dalam perjuangan Islam,
Hebatnya Allah menguji,kerana hebatnya cinta Allah kepada kita .Letakkan frasa cinta dalam hati pada tempat dan masa yang tepat. InsyaAllah, ketenangan hakiki menanti.

0 comments:

Post a Comment