Friday, July 22, 2011

Mujahadah pada jalanMu..

Assalamualaikum ila ikhwan wa akhowat..


81_t1.jpg


Ya Allah..
Terasa benar diri hamba yang hina..
Hendak bermujahdah pun sukar..
Diri tetap dalam dosa dan nista..
masihkah ada peluang untukku kembali padaMu?


Luahan bergema menjadi satu..
Hati membeku,
Bibir terus basah berzikir,
Dosa menghempap bagai tak ingin berlalu,
Masihkah ada ruang kemaafan untukku?

Berkali kali ku ulang,
ku cintakan Mu,Tuhan,
Namun dosa juga ku berikan,
layakkah aku bergelar pencintamu,
andai ini yang ku hadiahkan?

Oh,,terasa benar hina diri ini,
mengharap dan terus mengharap,
kerana kehinaan diri,
Untukku pantas berlari,
mengejar redha ilahi..

Semoga kemaafan masih lagi diberikan untukku..

Dan...

Aku terus bermujahadah pada jalanMu..

Terlalu mencintaiMu..

Ya Rabbul Izzati....

Terimalah daku..

Kembali pada addin Mu

Yang satu...

Mengukur sebuah cinta


Assalamualaikum ila ikhwan wa akhowat..

Di dlm Kitab Hayatus Shahabah, halaman 524-525 diriwayatkan kisah berikut:
Menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa’d bin Abi Waqqash utk berdoa. Ajakan itu dipersetujui oleh Sa’d. Keduanya mulai berdoa. Sa’d berdoa terlebih dahulu:

“Tuhanku, jika nanti aku berjumpa dgn musuhku, berilah aku musuh yg sgt perkasa. Aku berusaha membunuh dia dan dia pun berusaha membunuhku. Engkau berikan kemenangan kpdku sehingga aku berhasil membunuhnya dan kemudian mengambil miliknya (sebagai rampasan perang).”
Abdullah mengaminkannya. Tiba giliran Abdullah berdoa:

“Tuhanku, berilah aku musuh yg gagah perkasa. Aku berusaha membunuhnya, dan ia berusaha membunuhku. Kemudian ia memotong hidung dan telingaku. Kalau nanti aku bertemu denganMu, Engkau akan bertanya: ‘Man jada’a anfaka wa udzunaka?’ (Siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?). Aku akan menjawab bhw keduanya terpotong ketika aku berjuang di jlnMu dan jln Rasulullah (fika wa fi rasulika). Dan Engkau, ya Allah akan berkata: ‘Kamu benar!’ (shadaqta).”
Sa’d mengaminkan doa Abdullah tersebut. Keduanya berangkat ke medan Uhud dan doa keduanya dimaqbulkan Allah.
Sa’d bercerita kpd anaknya,

“Duhai anakku, doa Abdullah lbh baik drp doaku. Di senja hari aku lihat hidung dan telinganya tergantung pd seutas tali.”




Kisah ini tlh melukiskan sebuah cara utk mengukur cinta kita pd Allah. Sementara ramai yg berdoa agar mendapat ini dan itu, seorang pencinta sejati akan berdoa agar dpt bertemu dgn Kekasihnya sambil membawa sesuatu yg bisa dibanggakan.
Ketika di Padang Mahsyar nanti Allah bertanya kpd anda: “Dr mana kau peroleh hartamu di dunia?” Anda akan menjawab, “Harta itu ku peroleh dgn kolusi dan korupsi, dgn memalsu kuitansi, dgn mendapat cipratan komisi.”
Allah bertanya lagi, “Apa saja yg tlh engkau lakukan di dunia?”
“Ku hiasi hidupku dgn dosa dan nista, tak henti-hentinya ku cintai indah dan gemerlapnya dunia hingga aku dipanggil menghadapMu.” Allah dgn murka akan menjawab, “Kamu benar!”
Bandingkan dgn seorang hamba lain yg ketika di Padang Mahsyar berkata kpd Allah:
“Tlh ku tahan lapar dan dahaga di dunia, tlh ku basahi bibirku dgn zikir, dan tlh ku curahkan waktu dan tenagaku utk keagungan namaMu, tlh ku hiasi mlm ku dgn ayat suciMu dan tlh ku letakkan dahiku di sejadah utk bersujud pd kebesaranMu.”
Dan Allah akan menjawab, “Kamu benar!”
Duhai.. adakah kebahagian yg lbh dr itu; ketika seorang hamba menceritakan amalnya dan Allah akan membenarkannya.
Mahukah kita pulang nanti ke kampung akhirat dgn membawa amal yg bisa kita banggakan? Mahukah kita temui Kekasih kita sambil membawa amalan yg akan menyenangkanNya?
Allahu ‘lam bisshawab.

Sunday, July 17, 2011

Tahniah buat sahabat...

Assalamualaikum ila ikhwan wa akhowat..


Setelah banyak masa yang ditinggalkan daripada laman blog ni,
Alhamdulillah,
Allah masih memberikan saya kesempatan untuk menulis kembali.

Ya..
Sebenarnya rasa sayang nak meninggalkan laman blog ni..
namun kerana tiada idea dan masa saya benar-benar dihimpit kekeliruan..

Erm..sudah banyak rasanya melalut ni..
so..
nak teruskan dengan niat yang asal.
Tahniah buat para sahabat yang telah diberikan amanah untuk menerajui sekolah ini
pada tahun ini hingga tahun hadapan.

Sahabatku..
Semoga kalian redha dengan amanah yang diberikan,
laksanakanlah tanggungjawabmu sebaik mungkin
Ingatlah jika kamu jatuh,
Aku sentiasa di belakang untuk menolongmu bangkit kembali.
Ingatlah pesananku ini:


Amanah merupakan satu perkara yang paling berat.
Namun akan menjadi ringan apabila keikhlasan yang engkau patrikan
Benteng iman dan taqwa pagarnya
dan engkau hiasi tamanmu dengan qiamulail..


solat3_t1.jpg

Duhai sahabat...
jadilah dirimu bak bintang kejora
di langit malam..
tinggi..
indah dipandang..
terasa ingin digapai..
angan memburu impian..
manifestasikan sebagai kenyataan...

Selamat bekerja....

Saturday, July 2, 2011

My mom..

Assalamualaikum ila ikhwan wa akhowat..

Entah lah..
sebenarnya dah lama nak menulis..
tapi yelah,kan..
tak ada banyak masa..
So..
di kesempatan yang ada gunalah semaksimum mungkin..
Ari jumaat lepas..
Saya diserang rasa takut sangat..
Mana taknya,
my beloved mom
disengat oleh lipan..


                               (gambar hiasan)

Even lipan tu taklah besar mana pun,
But i`m still worry..
Kecik-kecik pun,lipan jugak,kan?
Am I right?
So,my mom ni degil,,
Kononnya dapat tahanlah.
Dia tak tahu yang kita ni dah risau takat nak tercabut kepala..
Lastly,my mom mengadu sakit
Berdecit-decit bunyi dia tahan sakit..
So,selaku anak sulung,
Kononnya ada kuasa vetolah ni..
Saya pun paksa my mom pi klinik..
Nak bawak kereta,kan tak ada lesen lagi..
My mom punyalah kental semangat..
Tahan sakit dan drive ke klinik..
Ha..bukannya susah pun..
Kena satu suntikan..
Makan ubat..
Kurang lah sikit sakit tu..
Masa my mom kena tu dan dia tak nak pi klinik,
ahhh...geram sangat..
Bukan geram kat my mom..
tapi sebenarnya..
takut kalau kehilangan my mom..
Cukuplah buat setakat ni..
my dad dah jumpa Yang Maha Esa..
Tak sanggup nak kehilangan my mom pulak..

Ya Allah..aku tahu aku bukanlah anak yang baik..
lantaran itu kau berikanlah padaku secebis kekuatan..
untuk aku bahagiakan ibuku..
Jangan kau biarkan aku hanyut dengan dunia
sehingga aku abaikan ibuku..
kurniakanlah padanya kesihatan
ketenangan,panjang umur..
kerana tanpanya
aku cukup lemah..
dialah jantung hatiku..
Moga kau reda akan kami....

Mom..
How much i love you?





Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia,
Asal masih..adanya kamu....

Mama...
Along sayang mama..
Mohon ma reda Along sebagai anak..
Even Along banyak wat silap dan lukakan hati ma..
Maafkan Along ye,ma...

Cili sos & Gas

Assalamualaikum..
Hehe..dah lama tak buat new post kat blog..
Asif ye, sibuk sangat akhir-akhir ni..
Erm, hari ni ahad cutilah
Coz semalam dah sekolah,
Ada larian satu murid, satu sukan dan satu Malaysia.
Penat tak lari?
Taklah..bukannya jauh sangat pun ..
Tak sampai pun 1.5 kilometer..
Hehe...
Erm..cuti satu hari jew..
Tapi pelajar asrama digalakkan balik.
Sebabnya mak cik dewan makan ada seminar peringkat negeri..
Tergelak budop asrama masa dimaklumkan pasal ni..
yalah..sepanjang empat tahun duk di asrama tak pernah pun dengar mak cik dewan makan asrama ada seminar..
Lawak betul
Sampaikan ustaz Zubaidi pun tergelak..
Apapun,saya cukup suka cuti..
Dan sekarang tengah spend masa kat umah mak saudara kat Manir..
Bersama-sama sepupu yang terchenta..
Anyway, saya ada sesuatu nak dikongsikan..
semalam kita orang dah tak lalu nak makan nasi..
Biasalah orang Melayu..
Selalu makan nasi..
So,semalam kita orang buat benjo(roti dan telur.)
nak dijadikan cerita,
tengah ralit Along Izyan goreng telur,
gas habis..
Kesian kat pak saudara saya dan sepupu lelaki saya tu,Abang Afham
Pi kedai,beli gas..



Dah pukul 9.00 malam masa tu..
Lepas siap goreng telur dan bakar roti,
Sos cili pula yang habis..







Betul-betul tragislah..
Alhamdulillah,kedai runcit dekat dengan rumah..
Siapa pula yang jadi mangsa untuk pi kedai..
Mestilah lelaki,kan..
Aizat pula yang jadi mangsa..
Dan akhirnya..kami makan malam pada jam yang lewat,
yakni pukul 10.00 malam..
Deduksinya,kami tak lulus lagilah kalau ada impian nak bukak kedai roti burger..
Maksudnya...kena banyak belajar lagi...
Rajin-rajin turun kat dapur...
Kalau tak,jadilah macam kita orang semalam,
Barang yang dah nak habis pun tak perasan...

Ingat pesan ni wahai anak dara di luar sana....