Saturday, September 17, 2011

Dhuhaku n Dhuhamu...



Solat sunat Dhuha.Apabila disebut,berapa ramai antara kita yang menjadikannya sebagai ubudiyah pada Yang Maha Esa?Manusia sering terleka akan nikmat Tuhan.Dalam mencari rezeki dan keberkatan,ayuhlah teman,kita koreksi diri dan cuba mengubah rutin hidup dengan menambahkan sunnah Rasulullah ini.Betapa banyak fadilat yang tersembunyi tatkala mentari pagi menyinari alam yang dikenali waktu dhuha ini.
Ayuh teman,bersama saya.Kita mulakan dengan pagi ini.....



Cara - Cara :
1. Niat


~ sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah ta'ala.

2.  Rakaat 1st - Baca Al-Fatihah dan surah As-Syams  (disunatkan)

3. Rakaat 2nd - Baca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha (disunatkan)

4. Masa sujud terakhir, disunatkan baca 3x doa ni -


"Berikanlah kepadaku, wahai Tuhan yang Maha Memberi akan ilmu dan hikmah dan murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Jadikanlah ia mudah bagiku"

5. Doa; 
" Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada kami segala apa yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."

Mentari Tuhan....

Mentari pagi menyinari alam,
Cahaya mekar sepanjang zaman,
Kadangkala redup tika dilindungi awan,
Bukti kebesaran Tuhan.

Kau...mentari,
Bersinar megah,
Di ufuk barat mahupun timur,
Cahayamu tak pernah kehabisan,
Hanya menanti hari pembalasan,
Untuk kau kelamkan cahaya,
Hanya kerana Tuhan.


Bintang besar,
Bersinar kembali,
Meskipun pada malam hari,
Kerana rembulan memantulkan diri,
Minta secebis cahaya mentari,
Menyinari alam ini,
Tika malam hari.

Tak pernah kau ukir kata jenuh,
Kerana rasa taat dan patuh,
Pada arahan Tuhan yang utuh,
Badai menimpa kau tetap teguh,
Menyinari alam penuh bersungguh.

Manusia pula sering terleka,
Tak pernah mengambil pengajaran sentiasa,
Ketaatan mentari kepada Tuhannya,
Bagaikan Rasul di bumi nyata,
Aku ingin jadi pengikutnya....

Thursday, September 1, 2011

KeNaPa PerMusuhan

Assalamualaikum ikhwan wa akhowat semua...




Apabila saya membaca sirah Umar Abdul Aziz,saya sangat -sangat terkejut dengan satu sirah..

Sirah yang sangat menghayat hati..
Sukar untuk dihadam dan diterima sebenarnya..

Sebelum zaman pemerintahan keadilan  khalifah umar abdul aziz,terdapat beberapa pemerintah yang boleh dikatakan agak kejam dan zalim sebelumnya.
Seperti yang kita sedia maklum,selepas khalifah rasyidin,umat islam dipimpin oleh bani umaiyah.

Mula-mula Muawiyah bin Abu Sufian.Kemudian diteruskan oleh anaknya,Yazid bin Muawiyah. Dan sistem yang digunakan pada era itu ialah monarki iaitu sistem warisan.

Jadi...bani Umaiyah terus memerintah..Namun apabila membaca sirahnya,saya rasa sangat kecewa.Bukan kenapa,terasa sangat dengan kekejaman yazid bin muawiyah.Tersangat lah kejam sehingga tidak pernah puas menumpahkan darah sesama islam.Pada pandangannya,mereka pemberontak yang harus dilawan.dan menurut sejarah,yazid bin muawiyah inilah yang telah membunuh cucu kesayangan Rasulullah iaitu Saidina Hussien di Karbala.

Kejam!Kejam!Kejam!

Saya tidak memahami lagi kenapa perlu ada permusuhan dalam menegakkan kebenaran.Seandainya permusuhan itu antara umat islam  dengan kafir,saya dapat memahaminya sebagai satu peperangan jihad di jalan Allah sekiranya umat islam ditindas.
Namun,yang berlaku adalah umat islam memerangi umat islam sendiri..

Di mana keadilan yang ingin ditegakkan?

Saya masih lagi mencari sumber sejarah untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku.Sekiranya pembaca mempunyai pandangan atau tahu mengenai semua ini,mohon dikongsi..

Benar..saya ingin tahu..kerana saya amat meminati sejarah....