Sunday, November 27, 2011

wHaT We PrePare To See Him?

Assalamualaikum ila ikhwan wa akhowat..

Bersyukur masih dihidupkan hari ini.Bersama-sama,kita menadah tangan mengucap syukur pada Yang Maha Kuasa atas segala nikmat yang dipinjamkan selama ini..Betapa nikmat itu tidak bisa dihitung dengan jemari lantaran terlalu banyak tidak terperi.

Tahun Baru Hijrah kita dapat sambut lagi.Alhamdulillah!



Who give our strength for our soul to stay alive here?

The answer...
Allah S.W.T.

wOW...its good to be here..looking for everything we need for we bring in the other life..(Akhirat)
Alhamdulillah again for His kindness...

But what we prepare to see Him for coming soon?
Nothing?
Oh,no...
It`s waste time for our good live here..

Then we ask again..
What should I do?
Just stay?

Not my friend..
Come with me..
we start our live with His blessing..
We start our live with Him love..

Lets start our journey..
For chasing His Mardhotillah....

Come with me..
Come...Lets go!!!

Wednesday, November 23, 2011

Cinta Agung Zainab

Assalamualaikum ila ikhwan wa akhowat..

Duduk bersendirian malam ini,hanya bertemankan lap top,gundah juga jiwa terasa.Kekeringan idea lagi untuk menulis.Mencongak-congak sendirian mencari idea.Sementara tadi duk layan lagu Demi Cinta Zainab,saya teringin nak kongsikan sirah bermakna ni untuk pembaca.

ZAINAB BINTI MUHAMMAD.

Gah nama tersebut.Digambarkan cantik rupa parasnya.Seorang yang sangat tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan.Subhanaallah.Hebatnya puteri Rasulullah seorang ini.Apa kisah Zainab ini yang kita perlu ambil iktibar?jom bersama kita cari jawapannya.

Zainab dikahwinkan dengan seorang pemuda Quraisy.Tetapi ketika itu tiada lagi perintah larangan  bagi seorang muslim berkahwin denagn seorang kafir.Zainab sangat mencintai suaminya.Sanggup menggadai apa sahaja untuk lihat dia bahagia.

Hal ini jelas terbukti tatkala ketika perang Badar,suaminya tertawan di medan perang tersebut.Dengan penuh rasa cinta,Zainab menggadaikan kalung pemberian ibunya,Siti Khadijah sebagai penebus suami tersayang.Tatkala kalung itu dilihat oleh Rasulullah,menitis air mata baginda.Terasa seolah Siti Khadijah berbicara dengannya.Kalung itu diberikan kembali kepada Zainab.dn tidak lama kemudian,suaminya dibebaskan.

Ujian mendatang lagi.Firman Allah pula kali ini memisahkan mereka berdua sebagai suami isteri.Maka berpisahlah Zainab dengan sukarnya lantaran cintanya yang terlalu mekar buat sang suami.Meskipun cinta pada suami terlalu hebat,namun takkan pernah bisa menewaskan cinta pada Ilahi.Subhanallah...

Dengan cinta yang tertahan di sanubari,Zainab memulakan hijrah seorang diri.Tanpa seorang insan bergelar suami di sisi.Dalam panas dan terik,gunung ganang didaki.Kuasa Allah menentukan segalanya.Anak yang dikandung akhirnya keguguran.Zainab diuji lagi.Oh,bukan mudah bergelar puteri Rasulullah!!

sabar dan reda...Allah itu Maha Kaya.Akhirnya cinta yang sebelum ini mekar di taman hati buat sang bekas suaminya ditautkan kembali setelah suaminya itu memeluk agama Islam.Oh,dasyhatnya kuasa Rabbul Izzati!

Di sebalik segala pengorbanan,agungNYA Dia mempersatukan kembali dua hati itu menjadi satu.Subhanallah.Maha Suci Allah.Sesunguhnya benarlah firmannya.

"Sesungguhnya Aku bersama orang -orang yang sabar."

Apa yang ditunggu lagi? Ujian kita tak seberat ujian Zainab.
Tak perlu meredah padang pasir hingga keguguran,tak perlu berpisah denagn insan tersayang,tak merasa tersepitnya antara kasih ayah dan cinta suami, memilih antara jahiliah atau keimanan padaNYA.

Jom,kita merubah bersama hari yang gelap tanpa cahaya bahagia,ke arah kebahagiaan yang hakiki dalam jagaan Tuhan Yang Maha Esa.

Jom,raihkan kesabaran memenangi cinta AgungNYA....

Saya tinggalkan pembaca dengan klip video Demi Cinta Zainab



Sunday, November 20, 2011

Kecewa dengan Result?

Assalamualaikum ila ikhwan wa akhowat.

Maaf lah kerana dah hampir seminggu lebih saya tak berblogging.Kengkangan masa dan tiada idea menyebabkan jemari ini tidak sempat bergerak menari menulis irama di laman blog ini.

Final exam..
Seperti yang dina katakan di ruangan Ruang Bicara, hakikatnya bukan dia sahaja mengalami result yang teruk.Sebenarnya saya rasa tak layak untuk nasihatkan awak sementelah result saya sendiri bukanlah yang terbaik.

Tapi,saya rasa tidak perlu berputus asa.Teruskan semangat..Bina jadual belajar..


Cekalkan semangat di hati.Saya teringat kata-kata yang saya pernah baca dalam novel.Saya minta maaf sebab saya sendiri tidak ingat novel mana.Sama ada penulisan Kak Fatimah Syarha atau Akh Hilal Asyraf.

Satu kata-kata yang menyunting semangat saya.

"Jika kita dah berusaha dan bertawakkal,kemudian kita masih gagal,percayalah yang Allah nak sediakan sesuatu yang lebih baik bagi diri kita."

Permasalahannya di sini,adakah kita dah berusaha sehabis daya dan bertawakkal dengan sebenarnya?

Jika bukan,maka jom kita sama-sama merubah takdir ini dengan usaha kita.Masa lapang yang masih ada ini kita isikan dengan semaksimum mungkin.Mana result yang lemah, maka kita banyakkan ulangkaji.

Namun hakikatnya,saya akui bahawa kita apabila berdepan dengan buku mudah bosan,kan?

Jangan terlalu stress masa belajar.Kita belajar 30 minit dan kemudian rehat 5 minit.Bukan study hard yang kita kejar,tapi study smart.



Saya kongsikan berdasarkan pengalaman mereka yang telah berjaya.Saya?
Hakikatnya saya juga lemah dalam belajar.
Tapi kenapa pilih untuk terus jadi lemah,kan?
Saya percaya pada kata-kata

DUIT..

D-DOA
U-USAHA
I-IKHTIAR
T-TAWAKKAL

Jom,kita sama-sama ubah takdir ini.Malas kita..kita ubah jadi rajin..

usah dikenang perkara yang lepas,tapi jadikannya pedoman untuk masa akan datang.

Ini adalah ujian...

saya tinggalkan pembaca dengan ayat hikmah ini....

Sometimes, kita berdoa untuk kuat tapi kenapa banyak pula dugaan yang mendatang,
Sometimes,kita minta cerdik,tapi masalah pula banyak yang timbul,
Sometimes kita minta kebahagiaan ,tapi huru-hara pulak,
Dugaan menjadikan mental kita kuat,
Masalah menjadikan kita berfikir,
Huru hara menjadikan kita tabah..

Hebat tak Allah?
Semua ada hikmah..
Kalau lah manusia tahu hadis ini

"Telah berkata Jibril,Wahai Tuhan,Kau sampaikanlah hajat hambaMu itu.Maka Allah menjawab..Biarkan hambaku itu kerana aku mencintai suaranya."

Saturday, November 12, 2011

Nikmat Tuhan

Assalamualaikum ila ikhwan wa akhowat...

Sahabat buat apa?
Berchatting?
Berfacebook?
Atau masih menggali nikmat fatamorgana dunia?



Allah sering mengurniakan nikmat pada kita.
Namun sejauh mana kita menggunakan nikmat itu dengan sebaik-baiknya.
Berapa banyak yang kita ingkar dengan nikmatnya..
Renung dan muhasabahlah..

Subhanallah...
Nikmat Allah tidak terkira..
Nikmat utamanya iman dan islam.
Nikmat ini sering meniti di bibir-bibir abang-abang di sekolah saya..
Alhamdulillah,kita sebagai muslim masih mempunyai nikmat ini..
berulang-ulang hamdallah kita ucapkan..

Bagi saya nikmat yang paling saya sukai ialah
nikmat dikurniakan insan-insan seperjuangan di sisi..
yang sentiasa menegur saya tatkala saya jauh daripadaNYA..
yang sentiasa menghapuskan air mata kesedihan saya..
yang sentiasa bersama-sama ingin melihat tertegaknya syur ISLAM di bumi Malaysia ini...

Ya Allah,besarnya nikmat kasihMu...

Namun nikmat yang saya nak sebutkan kat sini,
nikmat yang sering dilupakan oleh manusia..
Nak tahu tak,
Rasulullah ada sebutkan dalam satu hadis tentang nikmat ni.

"Dua nikmat ynag sering dilupakan oleh manusia ialah nikmat sihat dan masa lapang."

Astagfirullahalaazim...

Hitungkan kembali,Renungkan diri kita..

"Sejauh mana aku betul-betul menggunakan nikmat yang mulia ini?
Oh Tuhan,,ruginya aku.Tuhan kurniakan aku  nikmat,tapi...aku ingkar..maafkan aku.."

Teman...
tiada kesilapan yang tak diampunkan..
Percayalah kasih..
Alalh itu Maha Pengampun..
Bersama kita raihkan keampunanNya..



"TUHAN,KU DAMBA AMPUNANMU.."

Friday, November 11, 2011

Bila diri difitnah

Assalamuaalikum ila ikhwan wa akhowat..

Fitnah..
bila disebut sahaja tentu ramai yang menjerit marah,terkenang peristiwa lama atau paling tidak pun terfikir,
" kalau aku kena,macam mana ek?"

tak ramai yang mampu bertenang dan tersenyum apabila terkena fitnah.


Apabila difikirkan,
mengapa?

Kerana sakitnya fitnah itu menular lagi sakit daripada menghadapi demam panas..
Apabila difitnah, nama baik tercemar..
Hidup pula terus dalam dilema..
Masyarakat mula menyisih..
Insan terdekat mula menjeling...

"Oh.Tuhan, apa yang harus aku lakukan?"

Sahabat..,

Andai fitnah itu tidak benar,perbetulkanlah.
Agar pandang serong orang dapat dibetulkan..
paling tidak pun, hati sedikit tenang,kan?
Yakinlah andai kamu di pihak yag benar,
kebenaran pasti akan tersingkap jua.

Mintalah bantuan daripadaNya..
Bukankah dia yang memberi kita masalah dan menyelesaikan  masalah?
Tadahlah tangan..
berdoalah...
kunci kekuatan itu ada padaNYA..
Hanya DIA tempat kita sandarkan segala-galanya..

Saya kongsikan ini,
kerana saya juga merasakan perkara yang sama,
sakit dan terluka,,
tambah-tambah lagi dilakukan insan yang terdekat sendiri..
Seolah-olah segala kebaikan yang dilakukan selama ini tidak berguna..
Hati mula-mula turut memberontak..
sakit hati  juga dan rasa ingin berdendam..
namun entah kenapa
Tuhan hantarkan kekuatan..
Saya hanya mampu tersenyum..
Tiada air mata..
Biarlah..

Kerana saya yakin..

KEBENARAN ITU PASTI AKAN MEMUSNAHKAN KEBATILAN..
tersenyumlah sahabat..
Semakin berat ujian melanda,semakin hebat kasih Allah untuk kita...

Wednesday, November 2, 2011

Tazkiyatun An-Nafs

Pembersihan jiwa..
Senang tak nak bersihkan jiwa?
Susah,kan?
Tapi kalau kita tak bersihkan jiwa...macam mana hati kita
Mesti kotor,kan?

So,marilah kita bersama bersihkan hati kita dengan istighfar dan zikrullah..

Kenapa perlu kepada pembersihan jiwa?

"Dalam diri setiap manusia itu ada seketul daging.Jika ia baik,maka baiklah keseluruhannya,jika ia buruk,maka buruklah keseluruhannya.Dan ketahuilah bahawa segumpal darah itu ialah hati."

Ini merupakan maksud sebuah hadis Rasulullah SAW.

Lihatlah teman semua,betapa besarnya impak sekeping hati itu dalam hidup seorang insan.Inilah sebab kita perlu menjaga hati kita agar tidak dicemari dengan noda-noda maksiat.

72_t1.jpg


Namun,alhamdulillah pelajar tingkatan 1 dan 2 asrama baru-baru ini
yang berjaya melibatkan diri dalam kem Tazkiyatun An-Nafs.
Kem yang saya terpaksa menjadi fasi dan sekali lagi diletakkan dalam biro displin dan ibadah.
Susah sangat..
Nak bentuk diri sendiri dan betulkan orang lain..
tapi..itulah tugas dakwah..

Kak Ain harapkan..
adik-adik teruskan beristiqamah dalam perbuatan...
Begitu juga dengan sahabat-sahabat fasi muslimin dan muslimat..


BERSAMA KITA MEMBAIKI DIRI YE....

FASTABIKHUL KHAIRAT...