Friday, November 11, 2011

Bila diri difitnah

Assalamuaalikum ila ikhwan wa akhowat..

Fitnah..
bila disebut sahaja tentu ramai yang menjerit marah,terkenang peristiwa lama atau paling tidak pun terfikir,
" kalau aku kena,macam mana ek?"

tak ramai yang mampu bertenang dan tersenyum apabila terkena fitnah.


Apabila difikirkan,
mengapa?

Kerana sakitnya fitnah itu menular lagi sakit daripada menghadapi demam panas..
Apabila difitnah, nama baik tercemar..
Hidup pula terus dalam dilema..
Masyarakat mula menyisih..
Insan terdekat mula menjeling...

"Oh.Tuhan, apa yang harus aku lakukan?"

Sahabat..,

Andai fitnah itu tidak benar,perbetulkanlah.
Agar pandang serong orang dapat dibetulkan..
paling tidak pun, hati sedikit tenang,kan?
Yakinlah andai kamu di pihak yag benar,
kebenaran pasti akan tersingkap jua.

Mintalah bantuan daripadaNya..
Bukankah dia yang memberi kita masalah dan menyelesaikan  masalah?
Tadahlah tangan..
berdoalah...
kunci kekuatan itu ada padaNYA..
Hanya DIA tempat kita sandarkan segala-galanya..

Saya kongsikan ini,
kerana saya juga merasakan perkara yang sama,
sakit dan terluka,,
tambah-tambah lagi dilakukan insan yang terdekat sendiri..
Seolah-olah segala kebaikan yang dilakukan selama ini tidak berguna..
Hati mula-mula turut memberontak..
sakit hati  juga dan rasa ingin berdendam..
namun entah kenapa
Tuhan hantarkan kekuatan..
Saya hanya mampu tersenyum..
Tiada air mata..
Biarlah..

Kerana saya yakin..

KEBENARAN ITU PASTI AKAN MEMUSNAHKAN KEBATILAN..
tersenyumlah sahabat..
Semakin berat ujian melanda,semakin hebat kasih Allah untuk kita...

0 comments:

Post a Comment