Sunday, November 20, 2011

Kecewa dengan Result?

Assalamualaikum ila ikhwan wa akhowat.

Maaf lah kerana dah hampir seminggu lebih saya tak berblogging.Kengkangan masa dan tiada idea menyebabkan jemari ini tidak sempat bergerak menari menulis irama di laman blog ini.

Final exam..
Seperti yang dina katakan di ruangan Ruang Bicara, hakikatnya bukan dia sahaja mengalami result yang teruk.Sebenarnya saya rasa tak layak untuk nasihatkan awak sementelah result saya sendiri bukanlah yang terbaik.

Tapi,saya rasa tidak perlu berputus asa.Teruskan semangat..Bina jadual belajar..


Cekalkan semangat di hati.Saya teringat kata-kata yang saya pernah baca dalam novel.Saya minta maaf sebab saya sendiri tidak ingat novel mana.Sama ada penulisan Kak Fatimah Syarha atau Akh Hilal Asyraf.

Satu kata-kata yang menyunting semangat saya.

"Jika kita dah berusaha dan bertawakkal,kemudian kita masih gagal,percayalah yang Allah nak sediakan sesuatu yang lebih baik bagi diri kita."

Permasalahannya di sini,adakah kita dah berusaha sehabis daya dan bertawakkal dengan sebenarnya?

Jika bukan,maka jom kita sama-sama merubah takdir ini dengan usaha kita.Masa lapang yang masih ada ini kita isikan dengan semaksimum mungkin.Mana result yang lemah, maka kita banyakkan ulangkaji.

Namun hakikatnya,saya akui bahawa kita apabila berdepan dengan buku mudah bosan,kan?

Jangan terlalu stress masa belajar.Kita belajar 30 minit dan kemudian rehat 5 minit.Bukan study hard yang kita kejar,tapi study smart.



Saya kongsikan berdasarkan pengalaman mereka yang telah berjaya.Saya?
Hakikatnya saya juga lemah dalam belajar.
Tapi kenapa pilih untuk terus jadi lemah,kan?
Saya percaya pada kata-kata

DUIT..

D-DOA
U-USAHA
I-IKHTIAR
T-TAWAKKAL

Jom,kita sama-sama ubah takdir ini.Malas kita..kita ubah jadi rajin..

usah dikenang perkara yang lepas,tapi jadikannya pedoman untuk masa akan datang.

Ini adalah ujian...

saya tinggalkan pembaca dengan ayat hikmah ini....

Sometimes, kita berdoa untuk kuat tapi kenapa banyak pula dugaan yang mendatang,
Sometimes,kita minta cerdik,tapi masalah pula banyak yang timbul,
Sometimes kita minta kebahagiaan ,tapi huru-hara pulak,
Dugaan menjadikan mental kita kuat,
Masalah menjadikan kita berfikir,
Huru hara menjadikan kita tabah..

Hebat tak Allah?
Semua ada hikmah..
Kalau lah manusia tahu hadis ini

"Telah berkata Jibril,Wahai Tuhan,Kau sampaikanlah hajat hambaMu itu.Maka Allah menjawab..Biarkan hambaku itu kerana aku mencintai suaranya."

2 comments:

Dina Ifhami said...

ya ALLAH , syukran atas kate2 itu . tersntap , trharu , tersedar. terima kasih krne mnyedarkan dina .

Dugaan menjadikan mental kita kuat,
Masalah menjadikan kita berfikir,
Huru hara menjadikan kita tabah..

yee, ayat itu . btul2 buat dina brsmangat . penulisan kmu begitu bgus . mmbuatkn dina tersedar , tersdar untuk terus brusaha .

DUIT :) dina akn pgang kata2 itu . :)

terima kasih nur ain syahirah zulkifly :) terima kasih sngat2 .

ain syahirah zulkifly said...

sama-sama dina.Yang mendatangkan idea itu hanya Allah.Yang menggerakkan jemari ini jua daripadaNya..Sesunguhnya saya hanyalah wasilah yang datang untuk menyedarkan kepada kita termasuk saya tentang hakikat dunia.

Post a Comment