Wednesday, June 1, 2011

Ketenangan???

Salam buat semua..Erm..time cuti ni,happy sangat sebab hari-hari boleh bukak blog..Dah la tu..post baru mesti ada.Boleh melawat blog kawan-kawan sekali.Erm..banyak pengisian untuk jiwa.

Cakap sal ketenangan,saya nak share something..

Pernah tak anda semua duduk termenung mengkagumi ciptaan Allah?
Bukan susah tau..
Just tengok langit yang terbentang luas,
Banyak rahsia padanya,
Yang kita tak tahu..

Lihat laut yang  mewarnai bumi,
Bersama desiran angin yang sepoi-sepoi bahasa,
Deru ombak yang menghempas pantai..
Morzeczarne1.jpg

Lihat pula tumbuhan yang menghijau,
Berbuah.. lebat daunnya...
Sedap menikmati hasilnya...

entah kenapa jari saya tergerak untuk tulis semua ni..
Mungkin sebab hati ni agak terganggu kebelakangan ini.
jadi saya suka bersendiri,
dan merenung ciptaan Ilahi,
Kerna di situ saya dapat ketenangan yang abadi..

Betullah kata Ustaz Mohd Harun yang mengajar Pendidikan Syariah Islamiah saya,
"Dengan melihat laut pun kita dapat pahala."

Mula-mula saya terfikir jugak,
Sebab apa dapat pahala?
Sekarang saya dah faham..
Sebenarnya apabila kita tengok keindahan alam,
Kita akan berfikir.
Bila kita berfikir,
Kita tau setiap sesuatu tu ada yang menciptakannya.
Jadi,siapakah yang mencipta keindahan ni?
Jawapannya...Allah....

Dan kita terus mengucapkan SUBHANALLAH...

Kagum...
Takjub...
Bersyukur....

Moga keindahan ini akan terus bersinar hingga ke penghujungnya.....

Jangan kita menjadi seperti yang Allah berfiman dalam Kitab Langit,Al-Quran...

"Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia ; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak mereka merasakan sebahagian daripada balasan perbuatan -perbuatan buruk yang mereka telah lakukan,supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)
Ar-Rum 30:41

0 comments:

Post a Comment