Wednesday, May 18, 2011

Candle light dinner @ torch light dinner

Sebenarnya saya agak malu untuk berkongsi peristiwa lucu ni bersama pembaca sekalian.Namun atas keraian buat sahabat saya dan adik-adik dalam dorm,saya rela menulis cerita ini..

Ermm...kalau tengok pada tajuk macam romantik je..
Apa sebenarnya yang terkandung di sebalik tajuk tu??

Erm....Pada bulan Mac yang lalu, AP 25 telah terputus bekalan elektrik.Seperti biasa (blackout).Kebetulan pada waktu tu asrama mengadakan bulan keceriaan. So,kami semua hanya tinggal 2 minggu lagi untuk siapkan semuanya..Sedangkan dorm ketika tu, Tuhan je tau..(banyak lagi tak siap!!!Ketua dorm dah bising.)Sebabnya kita orang bukannya bergelap dalam sehari dua tapi dua minggu lamanya...

Namun di sebalik ujian yang terjadi..
tetap ada manis dan hikmah yang tersendiri..
Dalam 2 minggu tu, kami mendapat kelebihan apabila  mata dapat bercahaya dalam gelap.Sikap saling bantu membantu dapat dipupuk.Mana taknya apabila seorang pegang torchlight,sorang lagi cari barang.Dan yang paling manisnya kami bejaya menyiapkan keceriaan saat dorm orang lain terang dan dorm kami gelap.

Apa kaitannya dengan tajuk di atas..?Sebenarnya, suatu malam itu,selepas supper,kebiasaannya pelajar asrama memang lapar.So,masa tu seorang adik ni ada sebungkus roti dan jem kaya..So,kami berjamulah kat katil saya dengan kecerahan torch light yang ada.
Tiba-tiba saya berkata,

"Orang lain candle light dinner, kita semua torch light dinner..."
dan sejak malam tu,kami menyiapkan keceriaan dorm dengan bersantap roti dan biskut ditemani lampu suluh...

Apapun...hakikatnya...ujian ini tidaklah besar jika nak dibandingkan dengan zaman mak dan ayah kita yang dahulunya terpaksa belajar hanya menggunakan pelita tanah..

Jadi hamba-hamba Allah semua,
Tadahlah tangan dan bersyukurlah dengan setiap nikmat yang dikurniakanNya....
Mafhum firman Allah,
"Jika kamu bersyukur,Aku akan tambah nikmatmu,namun jika kamu kufur,sesungguhnya azabKu amat pedih..."

1 comments:

Annisa Asyifa said...

waah..torch light dinner? bukan senang nak wat torchlight dinner tu.. ;) rindu kenangan di asrama dulu2.. bestkan bila berhadapan waktu payah, Allah selitkan kenangan manis didalamnya n Allah kurniakan kita, teman2 utk saling membantu.. =)

Post a Comment