Monday, May 30, 2011

Sabar???

Sebelum saya nak menulis hari ini,saya nak minta maaf banyak-banyak sebab dah lama tak berblog ini.Cuti ni diuji bermacam perkara termasuklah tak boleh nak buka blog sebab masalah dengan email.Hampir-hampir nak buat blog baru.Alhamdulillah,akhirnya berjaya jua. Telah datang pertolongan Allah.

Erm...Sabar???
Macam mana nak sabar?
Kenapa susah sangat  nak sabar??

Sabar ini perkara subjektif.Ada sesetengah orang cakap,nasihat kat orang lain suruh sabar,macam bagus je.Tapi,bila Allah uji dia,langsung dia tak boleh nak sabar.
Mungkinkah kita tergolong dalam golongan ni?Nauzubillahhiminzalik..
Entah lah..Saya tak tahu nak cerita macam mana.Terlalu banyak saya diuji sebelum dan semasa cuti ni.Kehilangan duit,malas,susah nak fokus,hilang keyakinan diri,tawaran menjadi pengawas...

Kadang,,terasa macam batu yang besar menghempap badan.
Tak larat nak tanggung..
Tapi...sabar...
sebab ....entah...
Yang pasti saya tau..
Allah tak kejam..
Setiap kesulitan pasti berakhir dengan kesenangan..
Yang paling penting,
Allah masih lagi berikan saya nikmat kehidupan
Walaupun kadangkala saya sering merungut ...
Allah sentiasa sayangkan saya.
Sebab tu Allah uji saya...

Dan apabila ingat perkara tu..
Saya menangis..
Terharu dengan kebaikan Pencipta kita..
Saya banyak dosa..
Allah masih sayangkan saya..

Buat yang bersedih..
Ingatlah,
Innallahhamaana..

Allah sentiasa bersama kita...
Allah terlalu dekat dengan kita..
Allah sentiasa melihat kita..
yakinlah ...duhai teman....

0 comments:

Post a Comment