Monday, April 18, 2011

Ustaz Mat Nor dah kembali...

"Setiap yang hidup pasti akan mati"....
Itu firman dan janji Allah..Janji Allah pasti berlaku.
Meski kita cuba sangkal sekalipun,semuanya pasti tetap terjadi.Apalah daya kuasa kita untuk melawan kuasa Yang Maha Esa.

Sedarlah duhai insan kamil,
Kematian pastikan menjemputmu.Dan sedarlah taubat itu masih terbuka sehinggalah terjadinya dua perkara.
Nyawa di hujung kerongkong dan matahari yang terbalik arah pusingannya....


KEMATIAN.... KEHILANGAN.....


Saat saya pulang dari prep malam,saya dikejutkan dengan berita kehilangan seorang mursyid yang paling saya sayang, Ustaz Mat Nor bin Besar.Ustaz dah kembali ke rahmatullah tepat jam 9.05 malam kerana serangan sakit jantung.Itu yang dimaklumlan kepada semua pelajar asrama SHAMS semalam.
Hari ini,saya dan sahabat berpeluang melihat jenazah ustaz di kediamannya ynag terletak di Manir.Alhamdulillah,sejuk mata memandang jenazah ustaz yang tenang walaupun jasadnya kaku di pembaringan....Takziah daripada kami untuk ahli keluarga ustaz....

Sedetik terimbau kenangan bersama ustaz ketika saya dan sahabat di tingkatan satu dan dua. Kami pelajar Al-Muttaqun sangat rapat dengan ustaz memandangkan masa kelas Al-Quran kami sebanyak 4 hingga 6 jam dalam sehari.Segala tunjuk ajar daripada ustaz akan menjadi bekalan untuk kami dalam mencapai reda Ilahi.

Doa kami...
Semoga ustaz terus berada dalam keadaan tenang dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh...
Syukran ya Ustaz...
Uhibbuka jiddan....

0 comments:

Post a Comment