Saturday, April 30, 2011

Atuk itu.....

Pertemuan dengan seorang atuk walau seketika dan ,namun saya bersyukur kerana sempat mengutip mutiara ilmu darinya.

Semalam...Pertemuan dengan seorang atuk.Memang saya tak kenal.Pertemuan yang ditentukan Allah.Pakcik tu menumpang kereta untuk pulang ke rumah selepas mendengar ceramah di Rusila.
Dari situ dah terbit rasa kagum akan kesungguhan atuk dalam menuntut ilmu...

Dalam kesempatan yang ada , saya yang sememangnya banyak mulut ini bertanya itu dan ini.Dan saya nak kongsi sedikit ilmu yang sempat saya kutip.....Hehe...

Peniaga yang nak lariskan jualan bacalah ayat 29 dari surah Al-Faatir.Hembuskan pada barang-barang tersebut.InsyaAllah.....laris jualan.

Penghafaz Al-Quran pula bacalah selawat syifa' dan doa mudah belajar yang dibaca dalam kelas.Amalkan setiap hari ye....

Kalau nak lembutkan hati pun bacalah selawat syifa'.

Buat semua....
Ni hanya usaha kita..
InsyaAllah..mohon dipermudahkan untuk berjaya,,,
Renungkan dan selamat beramal....




0 comments:

Post a Comment