Duhai hamba,jalan menuju ke syurga itu tak dihampar dengan permaidani merah, tetapi jalannya penuh lekuk tersendiri dan dipenuhi duri-duri yang menyakitkan.
Mengharungi samudera kehidupan.
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan
Setiap tetes peluh dan darah
Takkan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan
Allah ghayatuna,
Arrasul quduwaruna
Al-quran dusturna
Al-jihad fi sabiluna
Al-mautu fi sabilillah asma amanina
Allah adalah tujuan kami
Ar rasul ikutan kami
Al-quran panduan kami
Jihad jalan kami
Mati di jalan Allah cita tertinggi kami
p/s : inilah lagu kem..kalau tak silap masa kem NAKIS atau TAMRIN. Tapi,,sori ye...saya dah lupa siapa penyanyi dia....Apa pom,,semoga lagu ini memberi pedoman dalam hidup kita bersama...
nama diberi nur ain syahirah zulkifly.baru meningkat usia remaja sedang mencari erti hidup sebenar..menumpang hidup di muka bumi tuhan yang bernama bumi di satu tempat bernama Kuala Berang.masih menuntut ilmu di sebuah madrasah bernama SMKA Sheikh Abdul Malek.Di sini tempat mencari cinta Tuhan.Berpegang pada konsep Lailahaillah Muhammadur rasulullah percaya akan segalanya hanya untuk mencari redaNya...
Merebutkan cintaMu perjalanan berliku dalam hidupku...
Namun Ya Rabb..
CintaMu menjadi keutamaanku,
Penaungku tika aku kepanasan,
Payungku tika aku kehujanan,
Penyelamat tika aku kesusahan,
Penemanku tika aku kesedihan.
CintaMu Tuhan,
Tak pernah mengecewakan,
Tapi, pendakian mendapatkan cintaMu,
Dihias onak dan duri kehidupan,
Sehingga kadangkala aku tersungkur,
Di lembah keperitan,
Terjerat aku dalam halus bisikan syaitan,
Terpedaya aku dalam kesesatan.
Aku bersyukur,
Meski aku pernah tersungkur,
Namun cintaMu kembali menyelamatkanku,
Betapa sukarnya untukku kuluahkan,
Rasa kasih dan cinta yang selamanya,
Kudus ku semat namaMu.....
PALESTIN DI HATIKU..
Palestin bumi kita! Ayuh..sematkan dalam qalbu,pahatkan kukuh dalam jiwa...
berjuang untuk mendapatkn kembali tanah kita...
Hanya keranaNya....
Oh,air mata..
Teman, mata yang takkan diazab oleh Allah diakhirat kelak ialah..
Mata yang berjaga malam
Mata yang menangis takutkan Allah
Cinta Agung Itu
Ya Allah,sentuhlah hati hambaMu ini saat jauh daripadaMu, peluklah hati hambaMu ini saat kami mencintai sesiapa lebih dari Mu,peliharalah iman kami,perkenankan doa-doa kami, istighfar dan tangisan kami di hadapanMu, berikan kami kekuatan dan kesabaran kerana setiap sesuatu datang daripadaMu...
Hanya diriMu tempat kami bersandar segala harapan.
KU INGIN JADI WANITA SOLIHAH
Salam seindah mawar berduri. Dikaulah mawar idaman.Tumbuhmu di taman larangan,mekarmu dipagari iman dan dipagari ketaqwaan, sesuci hatimu seindah akhlakmu,diciptakan sebagai seorang wanita,mewarisi kelembutan wanita solihah,kembangmu tetap indah,walau cuma di taman larangan,menyinarkan nur keimanan,nan mekar dihiasi mahmudah,seindah mawar berduri..
cantik wanita kerana kejernihan wajahnya,
manis wanita kerana senyuman indahnya,
ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriahnya,
mulia wanita kerana keimanan dan cintakan rabbul izzatinya.
Halwa Telinga
UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA
Manisnya sebuah persahabatan akan terpancar daripada manisnya iman, bukan kerana aliran darah, tetapi dipateri oleh Alalh,mampu memaafkan keterlanjurandan bersabar denagn kerenah insaniah. Menegur dengan penuh kasih sayang kerana tidak mahu terpisah di hari akhirat.
"Sahabatku,jika aku jatuh ke dalam lembah, neraka,maka kau tahanlah api neraka agar kita bersama-sama menuju syurgaNya..
0 comments:
Post a Comment