Friday, July 22, 2011

Mujahadah pada jalanMu..

Assalamualaikum ila ikhwan wa akhowat..


81_t1.jpg


Ya Allah..
Terasa benar diri hamba yang hina..
Hendak bermujahdah pun sukar..
Diri tetap dalam dosa dan nista..
masihkah ada peluang untukku kembali padaMu?


Luahan bergema menjadi satu..
Hati membeku,
Bibir terus basah berzikir,
Dosa menghempap bagai tak ingin berlalu,
Masihkah ada ruang kemaafan untukku?

Berkali kali ku ulang,
ku cintakan Mu,Tuhan,
Namun dosa juga ku berikan,
layakkah aku bergelar pencintamu,
andai ini yang ku hadiahkan?

Oh,,terasa benar hina diri ini,
mengharap dan terus mengharap,
kerana kehinaan diri,
Untukku pantas berlari,
mengejar redha ilahi..

Semoga kemaafan masih lagi diberikan untukku..

Dan...

Aku terus bermujahadah pada jalanMu..

Terlalu mencintaiMu..

Ya Rabbul Izzati....

Terimalah daku..

Kembali pada addin Mu

Yang satu...

3 comments:

nia azalia said...

bgusnya jika ak mampu menuturkan kata2 sepertimu..eh..dtgla umah bulan pose nie~~

CintaElya said...

Terus ungkapkan rasa cinta padaNya..mujahadah itu merupkan satu langkah buat kita,hamba yg lemah..Moga dirimu snts dlm lndungnNya ukht.insyaAllah..

ain syahirah zulkifly said...

terima kasih along izyan dan kak shahirah.Moga reda Nya milik kita bersama....

Along izyan,insyaAllah,minggu depan.

Post a Comment